Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, justeru itu kedua-duanya memfailkan permohonan untuk mengetepikan sapina supaya hadir sebagai saksi dalam kes perbicaraan fitnah II itu.
“Mereka (Najib dan Rosmah) takut dedahkan penglibatan mereka dalam konspirasi ini. Mereka hanya berani tuduh tapi tak berani tampil diri sebagai saksi di mahkamah.
“Sekarang ini kita tahu Najib dan Rosmah yang sebenarnya akan demam jika berdepan dengan Anwar di mahkamah, ” kata Tian Chua.
Najib dan Rosmah ketika dipanggil peguam untuk ditemubual sebelum ini berkata, mereka hanya akan hadir jika mahkamah mengeluarkan sapina.
Bagaimanapun secara senyap-senyap mereka datang ke Mahkamah Jalan Duta dan bertemu peguam untuk menyatakan keengganan hadir sebagai saksi.
Kedua mereka sangat dikehendaki memberi keterangan kerana kaitan dalam kes itu yang disifatkan sebagai konspirasi kedua terhadap Anwar.
Ini kerana pengadu dalam kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan bertemu Najib empat hari sebelum membuat laporan polis kononnya diliwat Anwar pada 24 Jun 2008.
Najib pada mulanya menafikan pertemuan itu dan hanya mengaku bertemu Saiful pada 12 Febuari 2008 berhubung permohonan biasiswa.
Bagaimanapun, selepas diasak soalan dari wartawan portal internet, Najib akhirnya mengaku bertemu Saiful selepas dibawa oleh pembantu khasnya, Khairil Anas Yusuf pada 24 Jun 2008.
Kejadian liwat itu pula dilapor oleh Saiful berlaku dua hari selepas itu iaitu pada 26 Jun 2008.
Dalam keterangannya di mahkamah pada 10 Mei 2010, Saiful juga mengaku berjumpa dengan Datuk Mumtaz Jaafar, pembantu khas Rosmah, sebelum membuat aduan polis dia diliwat Anwar pada 28 Jun 2008.
Pada Januari lalu, ketika desakan supaya Najib menyahut cabaran debat dengan Anwar berhubung Buku Jingga, Najib berkata Anwar akan ‘demam’ jika maklumatnya dibongkar.
Malah yang terbaru, selepas mengumumkan pemansuhan ISA, Najib sekali lagi mengulangi bahawa beliau tidak gentar untuk berhadapan dengan ketua pembangkang itu. -KeadilanDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan