Pengikut

Sabtu, 24 September 2011

Khazanah negeri dikaut sebelum pemerintahan kembali pada PR

Dahsyat la puak-puak Umno-BN Perak sekarang ni. Dia orang kini tengah sibuk ‘memunggah’ khazanah negeri seberapa banyak yang mungkin sebagai persediaan akan tewas dalam pilihanraya umum (PRU) ke-13 akan datang.

Kerana memikirkan, inilah peluang untuk ‘rembat’ segala kekayaan negeri sebelum kembali jadi pembangkang di negeri Perak.

Patutlah beriya sangat merampas kerajaan Perak dari Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini, sehingga sanggup membeli ADUN bermasalah dari PR semata-mata dapat jadi kerajaan sementara sebelum PRU-13 agar segala kekayaan negeri dapat dipunggah dan diagih kepada kroni dengan seberapa segera yang mungkin.

Baru-baru ini, Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham telah membuat satu pendedahan berkaitan skandal hutan seluas 74 hektar di Belum-Temenggor Forest Complex (BTFC) serta kelulusan 68,503 ekar tanah negeri selain aktiviti pembalakan yang berleluasa dan mencurigakan.

Dipetik dari Roketkini, ahli Parlimen Beruas itu berkata, menurut Pengarah Jabatan Perhutanan Perak Datuk Nik Mohd Shah Nik Mustafa, kerajaan negeri Barisan Nasional telah meluluskan aktiviti pembalakan di hutan seluas 74 hektar itu sejak merampas kuasa dari Pakatan.

Menurut laporan mStar, Nik Mohd dipetik sebagai berkata, “Kawasan itu adalah milik kerajaan negeri. Jadi kerajaan negeri mempunyai kuasa terhadap apa jua rancangan pembangunan di kawasan itu.”

Manakala berdasarkan sumber dalaman Ngeh, Zambry dikatakan telah pun meluluskan sejumlah 68,503 ekar tanah sejak rampasan kuasa hingga Julai tahun ini yang mana 60,561 ekar tanah itu telah diluluskan untuk sektor industri atau pertanian.

Zambry sebelum ini telah membuat kenyataan akhbar mendakwa beliau tidak mengetahui tentang perkara itu dan beliau telah memberi arahan untuk menyiasat sedalam-dalamnya mengenai aktiviti membersihkan hutan tersebut.

Bagaimana pun menurut Ngeh, Zambry sentiasa mengelak dari menjawab berhubung isu Hutan Belum ketika dalam sesi Dewan Rakyat.

Tambah Ngeh yang juga Adun Setiawan, kroni-kroni yang terlibat dalam aktiviti itu dijangka mendapat keuntungan RM900 juta, melebihi bajet kerajaan negeri, iaitu cuma RM800 juta.

Menurut Ngeh, ketika Pakatan Rakyat memerintah, tanah-tanah simpanan hanya diberikan kepada rakyat yang tidak mempunyai tanah dan miskin sahaja, tanpa dilayan mana-mana kroni.

“Semua tanah yang diluluskan untuk pertanian komersial akan melalui tender terbuka yang semestinya akan meraih keuntungan yang tinggi bagi rakyat, bukan seperti apa yang terjadi pada Hutan Belum,” katanya.

Ngeh mendakwa apa yang Zambry dan kroni-kroninya lakukan ialah meraih untung sebanyak mungkin kerana mereka tidak yakin BN akan mampu mengekalkan kuasa yang dirampas daripada Pakatan.

“Oleh itu, beliau dan kroni-kroni beliau cuba meraih sebanyak mungkin keuntungan sebelum pilihan raya umum ke-13 yang akan datang,” katanya.

Namun, beliau menganggap Zambry tidak bertanggungjawab kerana akan meninggalkan pelbagai masalah kepada rakyat Perak dan kerajaan Pakatan selepas PRU ke-13 nanti semata-mata kerana sikap tamak mereka. -WD


Tiada ulasan:

Catat Ulasan