Pengikut

Khamis, 8 September 2011

JAIS dah jadi parti komponen Umno Selangor?

Dalam dunia banyak perkara pelik yang berlaku. Malaysia satu satunya negara yang banyak berlaku perkara pelik dan anih. Kes liwat satu dan liwat dua mahkamah diperkudakan oleh pemimpin UMNOapco.

Mufti atau orangyang ada autoriti faham ugma Islam tidak boleh mengajar dan meberi takzirah di surau dan dimasjid jika fahaman politik tidak selaris dengan jiwa UMNO.


Paling ketara berlaku di negeri Selangor. Yb Khalid Samad dan bekas mufti Perlis Dr Zainal Abidin dikenakan tindakkan mahkamah Syariah Selangor mengajar dan memberi takzirah kepada umat Islam.Namun dalam masa yang salah seorang Yb Selangor dari parti UMNO dan ketua pembangkang dalam dewan undangan negeri Selangor memberi ceramah ugama tanpa tauliah dari JAIS tidak diambil tindakkan.

Persoalannya mengapa pehak JAIS tidak berani mengambil tindakkan terhadap individu berkenaan?. Atau mungkin kerana individu tersebut dari parti UMNO JAIS TAKUT UNTUK BERTINDAK?.

Jelas tindakkan JAIS berwajah dua atau bertindak pilih bulu dan parti yang dianuti. Mungkin cukup diperkatakan JAIS menjaga jangka hayat UMNO Selangor dan berselindung dengan kubu istana.

Nampak jelas JAIS tidak sebulu dengan kerajaan yang dipimpin oleh menteri besar Tan Sri Khalidyang ada sekarang. Mungkin ada tangan tangan gatal dan jiwa yang tidak ikhlas berada di pejabat JAIS.

Tak salah jika dikatakan JAIS jaga UMNO atau JAIS menjadi sayap UMNO Selangor?. Namun dalam hati kecil kami agar JAIS tidak sedemikian kerana JAIS dipimpin oleh insan yang cerdik dan pintar.

Sepatutnya JAIS bergerak seiring dan sederap dengan insipirasi kerajaan yang diterajaui oleh MB Tan Sri Khalid dibawah pakatan rakyat. Jangan ada duri dalam daging atau menjadi gunting dalam lipatan.

Selamat bertugas semua pegawai dan kakitangan JAIS dan tidak terlewat kami ucap selamat hari raya puasa. Dan selamat bepuasa enam dalam bulan syawal. -RM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan