Pengikut

Sabtu, 10 September 2011

BN nafi cukai prabayar mahu biaya Umno hadapi PRU

Boleh percaya ke, apa yang dikatakan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.. Bukan untuk dana Umno? Aku sendiri susah nak percaya dengan Pak Menteri BN...

Tuduhan sesetengah pihak kononnya cukai perkhidmatan enam peratus yang akan dikenakan ke atas pembelian tambah nilai prabayar, pek atau kad SIM adalah untuk Umno membiayai pilihan raya umum kelak, amat tidak bertanggungjawab.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata dakwaan itu tidak benar sama sekali dan tiada kaitan langsung dengan pilihan raya.

“Ia satu tuduhan melulu dan tidak waras,” katanya dipetik Bernama Online.

Beliau mengulas laporan media kononnya caj berkenaan yang dicadang dikuatkuasakan pada 15 September ini oleh syarikat-syarikat berkaitan adalah untuk Umno membiayai pilihan raya umum akan datang.

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan yakin syarikat-syarikat berkenaan akan mengambil tindakan bijak sesuai dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mahukan pihak terbabit menimbang semula keputusan itu.

Katanya, jika cukai itu tidak dikenakan ka atas pengguna, syarikat-syarikat berkaitan masih mampu meraih keuntungan.

“Cadangan itu sangat tidak sesuai dengan keadaan semasa yang mana kerajaan sekarang berusaha membendung inflasi supaya tidak membebankan rakyat,” katanya.

Awang Adek berkata jika syarikat-syarikat terbabit menyahut saranan Perdana Menteri itu, mereka bukan sahaja dapat membantu kerajaan merangsang ekonomi negara tetapi juga akan disanjungi pengguna.

“Jika berlaku sebaliknya mereka seolah-olah membelakangi kerajaan,” katanya. - TMI

Dalam pada itu Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mahu syarikat telekomunikasi (telco) menangguhkan kenaikkan cukai ini... Agaknya selepas PRU bagaimana??....

Baca kenyataannya di bawah:-


Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim (gambar) meminta syarikat telekomunikasi (telco) menangguhkan hasrat mereka untuk mengenakan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon pra-bayar. Beliau berkata perkara ini akan dibawa kepada perbincangan jemaah menteri pada minggu hadapan sebelum diputuskan sama ada cadangan itu akan diteruskan atau tidak.

“Masa dan ketika tidak kena sebab tiba-tiba diputuskan begitu,” katanya kepada pemberita selepas rancangan ‘Bicara Rakyat’ di Angkasapuri di sini, Jumaat malam.

Beliau berkata syarikat telco perlu mengambil kira hak pengguna memandangkan ada syarikat terbabit meraih keuntungan besar sekitar RM800 juta hingga RM1.2 billion setahun.

Rais menjadi tetamu rancangan ‘Bicara Rakyat’ yang disiarkan secara langsung di TV1.

Turut sama dalam barisan panel jemputan ialah pengamal media iaitu Penolong Ketua Pengarang 1 Utusan Malaysia Datuk Zaini Hassan, Editor Tugasan Bernama TV D. Arul Rajoo dan Ketua Eksekutif Editor Sin Chew Daily Kuik Cheng Kang yang membincangkan tajuk ‘Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera’.

Satu kenyataan bersama syarikat telekomunikasi semalam mengumumkan caj berkenaan akan dikenakan kepada produk prabayar bermula Khamis depan.

Menurut kenyataan itu, cukai perkhidmatan bukan sesuatu yang baru, namun sejak perkhidmatan prabayar diperkenalkan pada 1998 cukai berkenaan diserap oleh syarikat telekomunikasi.

Langkah itu diambil bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berikutan kadar panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) prabayar adalah tinggi berbanding pasca bayar.

Dalam pada itu, Rais berkata gagasan 1Malaysia ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’ bukanlah satu slogan semata-mata, sebaliknya ialah adalah satu cara hidup masyarakat di negara ini.

“Ia berbeza dari slogan-slogan (yang pernah diperkenalkan pada setiap hari kemerdekaan terdahulu) kerana 1Malaysia adalah cara hidup yang hendak kita lakukan dan ia mencapai ke arah wawasan 2020.

“Dengan lain perkataan, apa yang diasaskan (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir kita ambil bersama-sama dan kita jadikan sebagai pentadbiran politik dan perjuangan kita,” katanya.

Sementara itu, Rais berkata beliau akan menghadiri satu persidangan mengenai jenayah siber yang akan diadakan di United Kingdom pada November depan.

Katanya persidangan itu yang akan disertai oleh semua negara Komanwel akan mencari cara atau tindakan yang boleh dikenakan terhadap jenayah siber untuk dijadikan peraturan yang sesuai diamalkan oleh negara-negara anggota. - KLT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan