Pengikut

Rabu, 24 Ogos 2011

Waran tangkap akan dikeluarkan kepada Najib, Rosmah jika gagal hadir ke mahkamah

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor bersetuju untuk hadir ke mahkamah sebagai saksi memberi keterangan bersabit kes fitnah liwat II, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu dinyatakan oleh peguam Sankara Nair setelah dimaklumkan oleh polis kepada beliau.

Najib, Rosmah dan dua bekas anggota polis berpangkat tinggi sebelum ini enggan bekerjasama dengan pasukan peguambela walaupun pendakwa telah menawarkan mereka sebagai saksi.

Namun mahkamah minggu lalu telah mengeluarkan sepina terhadap kesemua individu tersebut untuk hadir memberi keterangan dan sekiranya gagal berbuat demikian waran tangkap akan dikeluarkan.

Pada sesi pembelaan sebentar tadi, pakar serangan seksual Dr David Wells memberitahu mahkamah bahawa kecederaan pada mangsa rogol atau liwat bergantung kepada jumlah tekanan yang dikenakan terhadapnya.

David menjawab soalan Sankara Nair apabila peguambela meragui akan dakwaan pengadu Saiful Bukhari Azlan yang menyatakan beliau diperlaku dengan rakus oleh bekas majikannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Perbuatan itu akan menyebabkan trauma (pada bahagian dubur) di bawah keadaan tertentu," kata David.

Saiful sebelum ini memberi keterangan di mahkamah bahawa beliau diliwat dengan rakus oleh Anwar sehingga senak di bahagian perut.

Namun setelah diperiksa oleh empat doktor dari dua hospital, tiada sebarang kecederaan ditemui pada dubur pengadu namum tegas menyatakan beliau telah diliwat.

David kemudian mengulangi kenyataan beliau bahawa integriti spesimen DNA yang diambil pada pengadu amat kritikal.

Menurutnya dalam kes liwat atau rogol, bukti tersebut harus disimpan dengan baik dan terus dibawa ke makmal untuk tujuan ujian bagi memelihara keyakinan terhadap sampel tersebut.

Timbalan Pendakwaraya Datuk Yusof Zainal Abiden pada sebelah pagi merujuk kepada sebuah kes di United Kingdom pada tahun 1982 di mana sebuah ujian pengesahan sperma dilakukan dan mendapati ianya dapat dikesan walaupun setelah melangkaui 30 jam.

Namun kata Sankara ujian tersebut dilakukan di dalam makmal dan tidak ada keupayaan untuk dibandingkan dengan kes Anwar di mana sampel sperma dan DNA telah disimpan melebihi 90 jam.

"Anda patut jumpa sampel yang paling teruk tapi pendakwa kata apa yang dijumpai adalah sampel terbaik. Namun apabila kita minta gambar foto ujian DNA, mereka kata tiada. Mana bukti?" tambah beliau lagi.

Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah menangguhkan sesi pembelaan kepada 9 pagi esok dan akan menyaksikan pakar DNA, Dr Brian McDonald mengambil tempat di kandang saksi. - tvs

Tiada ulasan:

Catat Ulasan