Pengikut

Sabtu, 27 Ogos 2011

Ulama tak perlu berpolitik - Ahli Majlis Tertinggi Umno

SHAH ALAM - Umno tidak perlu menubuhkan sebuah majlis khas untuk meletakkan ulama, kerana prinsip Umno terbuka dan tidak mempunyai kasta bagi melabelkan seseorang individu.

Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Idris Haron berkata, ulama di dalam parti sama seperti ahli parti lain.

“Jika berdaftar sebagai ahli Umno, mereka sama seperti ahli Umno lain, bezanya cuma mereka mempunyai kepakaran di dalam ilmu agama.

“Secara peribadi saya melihat ulama yang berpolitik sama seperti ahli politik yang lain. Jika mereka mahu menjadi ulama tidak perlu masuk politik.” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata, Umno tidak memerlukan badan khas untuk menjadi penasihat parti kerana Umno terbuka dan boleh menerima pandangan daripada sesiapa sahaja. - Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan