Benarkah Gereja tersebut terlibat di dalam aktiviti memurtadkan umat Islam? Apakah tujuan Gereja tersebut mengadakan jamuan di situ? Dan, jika terdapat umat Islam yang berada di dalam Gereja berkenaan, apakah tujuan mereka di situ? Semua ini perlu dijelaskan oleh JAIS di dalam laporannya beserta segala bukti jika ada.
Pihak Gereja telah menafikan semua tuduhan bahawa terdapat aktiviti memurtadkan umat Islam di dalam Gereja berkenaan. Datuk Zaman Khan, seorang Melayu berugama Islam yang merupakan Presiden Majlis Aid Malaysia memberikan kenyataannya yang menafikan dakwaan JAIS. Dalam satu kenyataan hari ini, Datuk Mohd Zaman Khan berkata majlis makan malam itu dianjurkan oleh DUMC untuk mengumpul dana bagi pertubuhan rakan MAC itu di premisnya. "Ia bertujuan untuk mengumpul dana bagi menyokong Harapan Komuniti, yang matlamat utamanya ialah untuk membantu rakyat Malaysia yang mengidap HIV, tanpa mengira latar belakang etnik dan agama mereka (Malaysiakini).
Jika benar seperti yang disebut oleh Datuk Zaman Khan, sekali lagi kredibiliti JAIS terjejas dan JAIS akan dipandang serong sebagai satu Jabatan yang `rakus dan gelojoh' tanpa kebijaksanaan dan berhemat di dalam tindakannya. Sekaligus, tindakan JAIS ini seolah-olah satu tindakan sabotaj terhadap Kerajaan Negeri.
Teringat suatu kisah di zaman Sayyidina Omar R.A, ada satu kisah apabila Umar menceroboh rumah seorang lelaki yang minum arak dalam rumahnya, bila Saidina Umar berjaya masuk ke rumah lelaki itu melalui atap, lelaki itu berkata " Hai Umar! salah aku hanya satu iaitu minum arak,tapi salah kamu tiga, 1. kamu intai aku 2. kamu ceroboh rumah aku 3. kamu masuk rumah aku tanpa minta kebenaran, bila Saidina Umar dengar hujah lelaki itu Saidina Umar terus berlalu pergi tanpa ambil apa2 tindakan keatas lelaki itu, mengapa JAIS tidak jadikan kisah ini sebagai panduan.
Alangkah indahnya Islam jika pengamalnya terutama yang berkuasa menggunakan pendekatan Islam yang begitu diplomasi dan berhemah dengan golongan atau pihak yang Non-Muslim. Jika ini mampu diamalkan, percayalah, Islam akan tetap dipandang tinggi oleh golongan Non-Muslim.
-RM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan