Bagaimanapun menurut Ketua Pembangkang, sokongan di kawasan luar bandar kekal elusif ekoran “propaganda berlebihan kerajaan” Barisan Nasional.
“(Tetapi) saya optimistik jika Pakatan bekerja keras untuk menjelaskan isu dan melihat pada prestasi negeri-negeri seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, saya percaya rakyat akan memilih (Pakatan),” kata Anwar kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim di sini.
Populariti Najib menjunam ke paras 59 peratus – penurunan dari 72 peratus, paras paling tinggi, yang direkodkan pada Mei tahun lalu, dipercayai berhubung kait dengan perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan awal bulan lalu.
Kajian terbaru Merdeka Center menunjukkan arah aliran populariti Najib terus mengalami penurunan daripada 72 peratus pada Mei 2010 kepada 69 peratus November lalu, 67 peratus pada Mac tahun ini dan seterusnya ke paras 65 peratus Mei lalu dan yang terbaru 59 peratus.
Kadar populariti Najib pernah turun sehingga 56 peratus pada September 2009 – lima bulan selepas menjadi perdana menteri Malaysia yang keenam.
“Seramai 59 peratus rakyat Malaysia mengatakan bahawa mereka berpuas hati dengan prestasi Najib, dalam kajian (kali) ini enam peratus lebih rendah berbanding 65 peratus direkodkan pada Mei tahun ini,” kata Merdeka Center.
Kajian terbaru ini dikendalikan sebulan selepas perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara.
Pada Mei 2009, iaitu sebulan selepas menjadi perdana menteri, populariti Najib adalah 45 peratus dan ia melonjak kepada 65 peratus pada Jun 2009 sebelum menjunam ke aparas 56 peratus pada September tahun yang sama. - TMI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan