Pengikut

Rabu, 10 Ogos 2011

Nama kampung pun hangpa cilok jadi pengundi ka?

Nak cakap kelakar boleh juga tapi ini serius. Tahap penyelewengan tahap gaban dah. Terang dan jelas sekali kebobrokkan barua-barua Umno-BN iaitu Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang sanggup menipu dan menyeleweng daftar pengundi semata-mata nak menangkan Umno-BN dalam pilihanraya umum (PRU) ke-13 nanti.

Kerana teruja sangat nak berbohong sambil menafikan dakwaan Pakatan Rakyat (PR) yang daftar pemilih tak bersih dan berlakunya banyak pertindihan nama, nombor kad pengenalan sama, penduduk tetap diserap dalam buku daftar pemilih dan sebagainya, tiba-tiba Allah bongkarkan penyelewengan itu secara terang-terangan.

PR dah cakap, SPR tak berlaku adil, banyak penyelewengan dilakukan untuk kepentingan kuasa Umno-BN, bersekongkol untuk kemenangan mudah calon Umno-BN, tapi hangpa nak nafikan lagi. Nah sekarang!, ambik engkau, nama kampung pun kamu (SPR) jadikan sebagai pengundi. Kenapa, dah biol ke ape?

Dilaporkan media alternatif, SPR telah membuat lawak mencipta sejarah bodoh apabila mendaftarkan sebuah kampung bernama ‘Kg Baru’ dalam daftar pemilih pilihan raya.

Bagaimanapun nama ‘Kg Baru’ yang didaftarkan dalam laman web berkenaan dibetulkan tidak sampai sejam selepas isu itu ditimbulkan media.

Pada mulanya perkara itu didedahkan Ketua Pemuda Pas Johor, Sdr Suhaizan Kayat yang juga Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda Pas.

‘Kg Baru’ didedahkan mempunyai kad pengenalan bernombor 830527115422 dan dilahirkan pada 27 Mei 1983.

Menurut daftar pemilih SPR yang telah disahkan, ‘Kg Baru’ layak mengundi di DUN Hulu Besut dan kerusi parlimen Besut.

Namun apabila semakan dibuat di laman web Jabatan Pendaftaran Negera (JPN) nombor kad pengenalan bagi pemilih yang bernama Kg Baru sebenarnya adalah milik Noraini Binti Abdullah.

Perkara ini jelas sekali menunjukkan berlakunya kepincangan dalam sistem daftar pemilih SPR dan memang terdedah dengan penipuan luar biasa bagi memberi kemenangan mudah kepada calon Umno-BN dalam PRU akan datang. -WD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan