Ghani akui tiada niat jatuhkan maruah wanita
GEORGETOWN - Hadiah pakaian dalam wanita yang diberikan kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng oleh Pengerusi Persatuan Anak-Anak Malaysia, Mohamed Ghani Abdul Jiman adalah sekadar simbolik dan tidak berniat untuk menjatuhkan martabat kaum wanita.
Mohamed Ghani berkata, kaum wanita dan NGO yang sebelum ini mengkritiknya tidak perlu kecoh dan tersinggung dengan perbuatannya itu kerana hadiah pakaian dalam yang diberikan pada Jumaat lalu tidak membawa makna lain selain ingin menggambarkan kepimpinan Kerajaan Negeri DAP yang dilihat mengamalkan undang-undang rimba.
“Mereka tidak perlu kecoh kerana pakaian dalam yang saya berikan itu bukan saya ambil daripada sesiapa tetapi saya beli untuk hadiahkan kepada pemimpin saya.
“Hadiah itu diberikan kerana sikap Guan Eng serta beberapa barisan pemimpin Kerajaan Negeri termasuk Setiausaha Politik Ketua Menteri, Ng Wei Aik yang dilihat seperti tarzan. Saya tidak terniat langsung untuk menjatuhkan maruah kaum wanita,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Sehubungan itu, Mohamed Ghani menyeru agar NGO yang sebelum ini mengkritiknya dan dipercayai pro-Pakatan Rakyat tidak memperbesarkan perkara ini kerana pakaian dalam wanita adalah pakaian yang setiap hari digunakan oleh mereka dan ia bukan perkara yang memalukan.
Kelmarin, Sinar Harian melaporkan kritikan beberapa NGO yang membidas tindakan Mohamed Ghani yang memberikan pakaian dalam wanita kepada Ketua Menteri sebagai tanda protes.-SinarHarian
Pengerusi pertubuhan yang juga seorang peniaga barangan kulit yang dikenali sebagai Mohamed Ghani pada minggu lepas cuba menaiki lif untuk ke pejabat Ketua Menteri dengan membawa bungkusan coli dan seluar dalam sehingga berlakunya kekecohan di bangunan berkenaan.
Namun, ‘Geng Mamak seluar dalam’ itu ditahan pengawal keselamatan di hadapan pintu masuk lif selepas mendapat perhatian orang ramai dengan bungkusan coli dan seluar dalam pilihannya itu. Kerana serbuannya tidak Berjaya, geng ini terpaksa menggantung seluar dalam dan coli idaman mereka di hadapan pintu masuk utama pentadbiran kerajaan negeri.
Perkara ini amat memalukan bangsa Melayu (ops, Melayu ke) yang diperalat oleh golongan tertentu yang tidak mahu menerima kenyataan mereka sudah menjadi pembangkang di negeri itu sehingga sanggup mempergunakan badan-badan yang dinamakan dengan Melayu untuk melakukan kerja-kerja memalukan dan tidak senonoh berkenaan.
Serbuan seluar dalam dan coli wanita itu dilakukan kononnya untuk menghadiahkan kepada kerajaan negeri yang dituduh tidak berlaku adil, tidak telus kepada rakyat dan telah menindas beliau kerana tidak memberikannya semula tapak niaga di tingkat tiga Komtar.
Nampak banyak blogger barua Umno-BN bertepuk tangan dengan tragedi memalukan bangsa Melayu itu. Mereka gembira konon Mohamed Ghani begitu berani dengan bungkusan coli dan seluar dalamnya itu.
Dah mati akal nak lawan kerajaan Pakatan Rakyat (PR). Nak lawan secara bermaruah tiada ‘modal yang cukup’, terpaksa pula lawan secara tidak bermaruah dan memalukan.-WD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan