Setiap bahagian diminta mengemukakan tiga nama bersama latarbelakang terperinci mereka.
Menurut akhbar itu, arahan daripada pemimpin BN itu dibuat sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu tetapi berdasarkan scenario politik semasa, kemungkinan besar pilihan raya umum akan diadakan pada November atau Mac, April tahun depan.
Senarai itu adalah hanya nama awal yang akan dikaji bersama laporan penilaian dan kaji selidik untuk menentukan kemampuan seseorang calon untuk menang sebelum keputusan muktamad dibuat.
Penyerahan nama yang awal itu bertujuan memberi Najib lebih banyak masa untuk “menyaring” calon menjelang pilihan raya umum akan datang.Memetik seorang ahli parlimen yang tidak disebutkan namanya, akhbar Sin Chew Daily melaporkan pemimpin BN telah mewawancara beberapa ahli parlimen BN baru-baru ini dan sesi terbaru itu berlainan dengan temu-bual tiga minit yang diadakan dengan Najib, sebelum ini.
“Sepanjang pengetahuan kami, laporan kali ini yang diperolehi pemimpin atasan BN, tidak hanya terhad yang diterima daripada polis Cawangan Khas (SB) atau Kementerian Penerangan sahaja.
“Tidak memeranjatkan jika terdapat 20 atau 30 laporan berhubung satu-satu kerusi. Ini akan memastikan maklumat yang diterima boleh menggambarkan keadaan sebenarnya,” kata ahli parlimen itu.
Menurut sumber lain yang dipetik akhbar itu lagi, peluang BN menang di 80 daripada 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan adalah antara 40 hingga 60 peratus dan kerusi-kerusi ini yang akan menentukan jika BN dapat merebut kembali majoriti dua pertiganya di parlimen.
“Kerusi-kerusi ini bukan sahaja yang BN tewas pada 2008 tetapi juga adalah kerusi yang dimenanginya,” kata sumber itu sambil menambah ‘kerusi sasaran’ itu kini ‘dijaga’ oleh menteri dan timbalan menteri BN.
Mengenai negeri-negeri yang tumbang pada Pakatan Rakyat pada pilihan raya yang lalu, BN yakin dapat merampas kembali Kedah dan Selangor, lapor akhbar berkenaan. -KL Today
Tiada ulasan:
Catat Ulasan