Pengikut

Isnin, 1 Ogos 2011

Anwar Mohon Temubual 10 Saksi 'Alibi'

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan permohonan bagi menemubual 10 saksi alibi sebelum mereka memberi keterangan semasa prosiding pembelaan dalam pertuduhan perbicaraan kes fitnah liwat yang membabitkan dirinya.

Peguam Anwar mengemukakan permohonan itu hari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menambah senarai saksi pembelaan yang difailkan pada 26 Julai lalu.

Senarai terbaru itu membabitkan dua nama berprofil tinggi, termasuk bekas pengarah eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia Mohamad Ariff Abdul Kareem dan ketua pegawai operasi Bursa Saham Malaysia Omar Malek Ali Merican.

Pada 26 Julai lepas, Anwar memfailkan satu notis usul memohon pihak pembelaan dibenarkan menemu bual lima saksi, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor sebelum beliau membela diri pada 8 Ogos nanti.

Dalam permohonan itu, selain menamakan Najib dan Rosmah, Anwar turut menamakan tiga saksi yang lain.

Mereka ialah pemilik unit kondominium di mana kejadian didakwa berlaku, Hasanuddin Abd Hamid, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof.

Dalam notis itu Anwar menyatakan bahawa mengikut undang-undang adalah menjadi tanggungjawab pihak pendakwaan untuk memastikan mereka mengemukakan kesemua saksi untuk ditemu bual pihak pembelaan dan semua kos ditanggung pihak pendakwaan. -tvs



Tiada ulasan:

Catat Ulasan