Pengikut

Khamis, 21 Julai 2011

Bersih 2.0 Beri Momentum Baru Kepada PR

Kejayaan Bersih 2.0 menggembling suara rakyat dan kemarahan awam terhadap tindakan kuku besi pemerintah untuk membatalkan perhimpunan aman itu menguatkan keyakinan Pakatan Rakyat untuk memenangi pilihanraya umum ke 13, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata sokongan untuk gagasan pembangkang itu makin meningkat susulan tindakan Umno-Barisan Nasional merestui penggunaan kekerasan untuk menyuraikan perhimpunan itu yang menuntut pilihanraya umum yang adil dan telus.

"Rejim pemerintah kini di tahap terakhir untuk mengekalkan kuasa dalam keadaan terdesak. Kami kini mendapat momentum baru. Ada kemungkinan besar kami akan berjaya (dan) kami akan memang," beliau dipetik berkata oleh agensi berita antarabangsa Associated Press.

Puluhan ribu orang awam pelbagai kaum menongkah tembakan gas pemedih mata dan air berkimia oleh polis untuk menyertai perhimpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu.

Lebih 1,600 orang ditangkap, termasuk pemimpin-pemimpin kanan Pakatan Rakyat.

Seorang peserta mati manakala Anwar dan pengawal peribadinya adalah antara yang tercedera dalam asakan polis untuk menyuraikan perhimpunan itu.

Enam penyokong perhimpunan itu ditahan di bawah Ordinan Darurat yang menetapkan penahanan tanpa perbicaraan.

Bersih 2.0 menganjurkan perhimpunan aman itu setelah Suruhanjaya Pilihanraya dilihat gagal bertindak di atas lapan tuntutan gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan demi memastikan proses pilihanraya berjalan secara adil dan telus.

Antara tuntutan itu termasuk tempoh berkempen 21 hari, rombakan undi pos, pembersihan senarai pengundi dan penghapusan rasuah politik.
Umno-BN bagaimanapun tidak melayan tuntutan itu dan mengishtiarkan Bersih sebagai pertubuhan haram dan sesiapa yang memakai baju dengan logo Bersih ditangkap oleh polis.

Anwar memberitah AP bahawa Perdana Menteri Najib Razak dijangka memanggil pilihanraya umum lebih awal daripada pertengahan 2013, apabila mandat lima tahun kerajaan berakhir.

Pemerhati politik tidak menolak kemungkinan pilihanraya umum diadakan tahun ini atau awal tahun depan dengan prestasi ekonomi negara menjadi paksi kepada kempen Najib untuk mendapatkan sokongan.

Anwar menegaskan bahawa pentadbiran Najib hanya berjaya mencipta pelbagai slogan.

"Selain dari slogan, tidak ada apa-apa perubahan," kata beliau. -tvs

Tiada ulasan:

Catat Ulasan