Pengikut

Jumaat, 3 Jun 2011

Dewan Ulamak PAS Negeri Perak Pecat Ustaz Kazim Elias ?

Biar betul Ustaz Kazim sudah di pecat? Dari sumber-sumber yang di terima Ustaz Kazim suka menghentam PAS secara terang-terangan terutamanya dalam isu berkaitan penglibatan PAS dalam Pakatan Rakyat... Ini memang diakui dlm siri kuliahnya di masjid berhampiran rumah aku. Ustaz Kazim selalu menghentam Pas kerana bekerjasama dengan DAP...

Aku sendiri pun Hairan Apabila Umno semakin lemah dan Pas pulak semakin kuat menerima sokongan dari orang Melayu dan yang bukan melayu atas kerjasama dengan DAP maka timbulah cakap-cakap kenapa harus bekerjasama dengan bukan Islam?

kenapa kerja sama Umno dengan Parti MCA, Gerakan, MIC dll tidak dipertikaikan? (adakah disbabkan Umno itu parti meletakan perjuangan bangsa maka membolehkan mereka bekerjasama dgn orang kafir dan Pas tidak?).

Apa jahat sangat ka DAP nie sampai kita harus menolak kerjasama PAS, DAP dlm Pakatan?
Apa pun jika anda seorang ahli PAS boleh nilaikannya sendiri bagi orang Pulau Pinang tentu tahu apa kebaikan dan keburukan yang mereka dapat dari pemerintahan DAP??? -DP

Muktamar Dewan Ulamak PAS Negeri Perak


Muktamar Dewan Ulamak PAS Negeri Perak telah diadakan pada 14 Mei 2011 yang lalu di Markas Tarbiyah Air Kuning, Perak. Muktamar ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Dato' Haji Harun Taib, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.

Muktamar kali ini telah mengukir sejarahnya yang tersendiri di mana seluruh kawasan Air Kuning telah mengalami gangguan bekalan elektrik sejurus selepas selesai majlis perasmian berlangsung. Muktamar diteruskan dalam keadaan gelap dengan hanya diterangi dengan cahaya lilin.

Pemilihan Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Negeri Perak sesi 2011-2013 telah berlangsung dengan jayanya. Seramai 114 perwakilan telah menunaikan hak mereka untuk mengundi.

Sebanyak 2 usul telah diluluskan sebulat suara iaitu :

1. Usul agar diluluskan penubuhan Dewan Ulamak PAS Peringkat Kawasan sebagaimana Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat.

2. Usul agar Ustaz Kazim Elias dipecat keanggotaannya dari PAS. Ini disebabkan beliau telah bertindak sebagai duri dalam daging dengan menghentam PAS secara terang-terangan terutamanya dalam isu berkaitan penglibatan PAS dalam Pakatan Rakyat. Tindakan ini amat penting agar beliau tidak merosakkan fahaman Umat Islam termasuk sebahagian ahli PAS sendri yang terpengaruh dengan kepetahannya berpidato. Muktamar bersetuju bahawa beliau telah menggunakan hujah yang begitu dangkal dan tidak langsung mengambilkira dasar Tahalluf Siasi yang telah diluluskan oleh Majlis Syura Ulamak. Beliau juga sebelum ini pernah dikesan menghuraikan hukum dan mentafsir Al-Quran tidak berdasarkan tafsiran ulamak mufassirin. Adalah diharapkan agar semua Kawasan dan Cawangan PAS di seluruh Negeri Perak tidak lagi menggunakan khidmat beliau dalam semua program anjuran parti.


-Dewan Ulamak Pas Perak

1 ulasan:

  1. Saya lebih berbangga kalau Islam di utamakan dan dimartabatkan, jangan utamakan yang lain, siapa-siapa pemerintah yang menegakkan Islam pasti berjaya dan bertahan

    BalasPadam