"Tindakan Najib ini tidak ada kelas langsung iaitu menggunakan wang kerajaan dan rakyat untuk urusan peribadi.
"Ini pula bukan pertama kali. Semasa anaknya menerima ijazah di Universiti Georgetown, Washington, Amerika dia dan keluarga juga ke sana dengan program rasmi kerajaan.
"Saya bimbang ia menjadi rujukan pemimpin bawahan beliau sebagaimana bidalan Melayu, bapa kencing berdiri anak kencing berlari," katanya.
Saya tak berani nak kata apa sebab tak ada feedback langsung dari kawan-kawan dalam Umno. Maklumlah, sekarang zaman Datuk Seri Najib Tun Razak jadi perdana menteri. Lainlah zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi dulu.
Nasib baik ada Khairy Jamaluddin, menantu Abdullah. Sambil menyerang Dr Dzulkefly kononnya membikin "'cheap shot' and was concocting 'despicable lies' and 'desperate spins'", beliau memberitahu kepada umum bahawa:
Lawatan PM ke Kazakh telah lama dirancang sebelum majlis pertunangan anak perempuannya (juga di sini).Terima kasih, KJ. Kurang-kurang kami dapat tahu dari sumber Umno bahawa memang ada majlis pertunangan anak Najib di Kazakhstan.
Yang lain-lain tu, rakyat taklah bodoh sangat nak buat kesimpulan. Alahai suami Datin Seri Rosmah Mansor!
~Penarik Beca
Tiada ulasan:
Catat Ulasan