Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution berkata, jumlah yang didedahkan Menteri di Jabatan perdana menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon itu semalam, terlalutinggi untuk dibelanjakan.
Katanya, dalam keadaan Barisan Nasional terpaksa membentangkan permohonan peruntukan tambahan sebanyak RM13 bilion pada sidang kali ini, jumlah itu adalah satu bentuk pembaziran yang tidak boleh dimaafkan.
“Jumlah RM63.9 juta ini hampir sama dengan peruntukan membiayai pengumuman Barisan Nasional menaikkan gaji segelintir guru-guru besar dan pentadbir sekolah sebagai tindakbalas kepada janji Pakatan Rakyat memberikan imbuhan RM500 sebulan setiap seorang guru seperti terkandung di dalam Buku Jingga.
“Peruntukan bagi kenaikan gaji guru-guru besar hanyalah RM80 juta setahun, berbanding RM63.9 juta yang dibelanjakan kepada beberapa firma perunding sahaja,” kata Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang.
Menurut Saifuddin, kegilaan berbelanja besar untuk menggaji perunding tersebut, melambangkan sikap BN yang tidak menghargai sumbangan penjawat awam dantidak berkeyakinan dengan kebolehan pimpinan sektor awam menambahbaik sistem pentadbiran sedia ada.
Katanya, keputusan utama membabitkan perkhidmatan awam kini bergantung kepada maklumbalas dan cadangan perunding, sedangkan pengalaman dan kefahaman pimpinan sektor awam lebih mendalam mengenai selok-belok budaya dan motivasi penjawat awam.
“Kaedah yang diambil oleh pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak ini akan membantutkan usaha menaiktaraf mutu dan kecekapan perkhidmatan awam negara,” katanya.
Semalam, Kementerian Pelancongan sekali lagi ‘panas’ apabila ahli-ahli parlimen hari ini membidas tindakan kerajaan yang membelanjakan RM1.8 juta bagi membina dan menyelanggara laman Facebooknya. Anthony Loke (DAP-Rasah) berkata sebegitu banyak wang dihabiskan sebegitu sahaja untuk laman sosial yang boleh dibuat secara percuma.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan