Pengikut

Sabtu, 18 Jun 2011

Lim Guan Eng Dari Penjara Ke Tampuk Kuasa

Catatan ringkas buku ini hanya berujuan untuk memperkenalkan kepada umum siapa insan yang bernama Lim Guan Eng dan apa yang beliau perjuangkan.

Untuk mengenalinya harus dilalui segala pengalaman baik buruk yang telah beliau lalui. Kata orang, sejarah perjuangan politiknya adalah seperti dari Penjara Kajang ke Pejabat Ketua Menteri.

Ya, kini sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang tidak mengerti apa itu penat dan lelah, gigih berjuang untuk membebaskan Malaysia dari cengkaman politik perkauman dan keagamaan sempit, serta anasir-anasir rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa yang sekian lama menjadi mainan politik Barisan Nasional.

Catatan ringkas buku ini berdasarkan sumber-sumber yang telah disiarkan dalam akhabar-akhbar, majalah dan penerbitan lain serta kutipan dari alam maya internet di samping maklumat-matlumat dan sesi bicara tidak rasmi dari kalangan pimpinan dan anggota DAP.

Ia juga boleh dianggap sebagai satu penghargaan buat Lim Guan Eng yang dihormati sebagai pemimpin dan disenangi sebagai kenalan dan sahabat. Sememangnya ini bukan satu biografi politik yang lengkap kerana ia memerlukan proses penyelidikan, wawancara dan pelbagai usaha lagi yang pastinya akan memakan masa yang lama.

Walaupun catatan ringkas buku ini yang terpaksa disiapkan dalam masa yang amat singkat tidak mungkin memberi gambaran sepenuhnya terhadap personaliti yang diketengahkan, anggaplah ia sebagai satu sumbangan kecil kepada perjuangan rakyat Malaysia yang dahagakan ilmu dan pengetahuan dalam bidang politik negara.

Catatan buku ini juga bertujuan menyamaikan suara hati rakyat Malaysia prihatin yang mahu melihat negara dan masyarakat berubah ke arah yang lebih positif, lebih bebas, demokratik, makmur dan toleran sesama kaum dan agama.


-WHM

p/s: Buku "Lim Guan Eng Dari Penjara Ke Tampuk Kuasa" boleh anda perolehi di seluruh Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang.-D'Perbatasan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan