Laporan itu memetik Blog Pemuda Pas Sepanggar yang melaporkan kejadian itu turut dilihat seluruh ahli kariah yang turut sama bersolat di masjid itu.
Selain menghalau pemuda itu, AJK masjid tersebut juga dikatakan mengeluarkan kata-kata kesat dengan menuduh pemuda tersebut sebagai munafik, selain menolak nya dengan kasar.
Situasi yang memalukan itu akhirnya dileraikan salah seorang ahli kariah yang masuk campur dan dengan nada yang tegas menegur AJK masjid tersebut kerana sikapnya yang memalukan.
Justeru itu Dewan Pemuda Pas Sepangar dilapor menggesa Jawatankuasa Masjid Bandaraya supaya segera mengambil tindakan tegas terhadap AJK masjid berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan