Pengikut

Ahad, 26 Jun 2011

Demo Bersih tidak boleh dihalang

Seorang Senator Dewan Negara Thailand bagi Pattani, Dr Worawit Baru menyifatkan perhimpunan Bersih 2.0 tidak perlu dihalang kerana ia biasa berlangsung di mana-mana negara demokrasi.

“Perhimpunan (ini) merupakan kempen untuk pilihan raya yang bersih, adil, terlepas daripada sebarang tuduhan.

“Jadi, saya ingat (ia) pentinglah kalau kerajaan atau mana-mana pihak tidak ada sesuatu (untuk disorok),” katanya yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Buruh dan Kebajikan Sosial Patani.

Beliau menyatakan pendapatnya itu ketika hadir majlis perasmian Pejabat KEADILAN Cabang Kubang Pasu 25 Julai lalu.

Dr Worawit (gambar) juga menyatakan keyakinannya dengan keupayaan Pakatan Rakyat untuk mentadbir Malaysia jika menang pilihan raya umum akan datang.

“Pakatan Rakyat beri gambaran baru (dalam politik Malaysia), melangkaui etnik tetapi menghormati kaum,” katanya.

Beliau menyeru Pakatan Rakyat untuk terus bekerja keras bagi mengekalkan momentum perubahan di Malaysia.

“Kalau nak lawan dalam politik, strategi kena tetapkan, kajian kena jalankan dan kerja kena kuat. Malaysia agak susah tukar (kerajaan) sebab rakyat sudah biasa diperintah Barisan Nasional,” katanya.

-KeadilanDaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan