Pengikut

Selasa, 7 Jun 2011

Biar betul UMNO dah perjuang "Negara kebajikan"

Umno perjuangkan negara kebejikan selama ini? betul-betul... kebajikan untuk kroni... rakyat dibebankan-DP

Negara kebajikan UMNO dah perjuang

ASTANA (Kazakhstan) - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, laungan terbaru Pas yang kononya hendak wujudkan negara kebajikan bukan perkara baru bahkan itulah yang sudah diperjuangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) selama ini.

Perdana Menteri berkata, perjuangan UMNO dan BN selama ini menepati ciriciri negara kebajikan seperti dalam bidang pendidikan, kesihatan, subsidi makanan dan minyak yang semuanya sudah dinikmati rakyat sejak sekian lama.

“Perubahan slogan tagline Pas yang bukan lagi untuk wujudkan negara Islam tetapi negara kebajikan bukan perkara baru, tetapi labelling baru saja,” katanya kepada wartawan Malaysia
di hari pertama lawatan rasminya ke Kazakhstan di sini, semalam.

Najib adakan lawatan rasmi selama dua hari berakhir esok atas jemputan Presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev dan akan menghadiri pula Forum Pembangunan
Ekonomi Islam (WIEF) ke-7 Rabu dan Khamis di mana beliau akan turut menyampaikan
ucapan bersama beberapa ketua negara lain.

Ketika diminta mengulas mengenai keputusan pemilihan pada muktamar Pas baru-baru ini, Najib berkata, keputusan itu terhasil kerana pemilihan Pas banyak mengambil pertimbangan
soal pilihan raya berbanding dengan untuk mencerminkan perjuangan membangunkan
sebuah negara Islam atau untuk kepentingan Islam itu sendiri.

Menurutnya, ini terbukti apabila mereka telah menguar- uarkan kononnya pilihan raya akan berlangsung pada Julai sehingga mengakibatkan banyak perwakilan Pas melihat soal pilihan
raya dan membuat pertimbangan berdasarkan hal itu, yang menguntungkan pihak
yang ingin mengambil alih kuasa dalam Pas.

Menjawab soalan lain, Najib berkata beliau meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz adakan mesyuarat dengan semua wakil komponen BN untuk mengenal
pasti calon-calon yang layak dipertimbangkan untuk biasiswa daripada kumpulan
yang memperoleh keputusan rendah sedikit daripada 8A+.

“Keputusan mereka baik tetapi tak layak dapat biasiswa sama ada (lanjutkan pelajaran) di luar atau dalam negeri.

-SinarHarian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan