Pengikut

Rabu, 18 Mei 2011

Tun Mahathir Masuk IJN

Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di sini awal pagi ini kerana demam dan batuk.

Jurucakap IJN memberitahu The Malaysian Insider bahawa bekas perdana menteri itu dimasukkan ke IJN kira-kira 6 pagi.

“Ya, beliau (Dr Mahathir) dimasukkan ke IJN pagi tadi dan mengikut laporan perubatan beliau hanya batuk dan demam sahaja.

“Keadaan beliau stabil dan kita telah menjalankan fisioterapi, kemungkinan beliau akan berada di IJN selama seminggu,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Sementara itu, pegawai khas Dr. Mahathir, Sufi Yusoff yang dipetik beberapa media tempatan berkata, perdana menteri keempat itu dimasukkan ke wad normal pagi tadi setelah dua hari menghadapi masalah demam dan batuk.

“Beliau kini menerima rawatan antibiotik intravenous selain menjalani fisioterapi dada. Dijangkakan beliau akan terus berada di IJN selama seminggu.

“Selain itu, doktor turut menasihatkan beliau berehat dengan tidak menerima kunjungan pelawat kecuali ahli keluarga terdekat,” kata Sufi dalam satu kenyataan.

Tahun lalu, Dr Mahathir dimasukkan ke Hospital Epworth, Melbourne bagi rawatan jangkitan kuman di dada.

Dr Mahathir, 85, telah menjalani pembedahan pintasan koronari di Hospital Besar Kuala Lumpur pada Januari 1989 dan kali kedua di IJN September 2007.

-The Malaysian insider

Tiada ulasan:

Catat Ulasan