Pengikut

Sabtu, 21 Mei 2011

Surat Kepada PKR - Tindakan Memalukan Oleh ROS

AMAT memalukan. Bagaimana mungkin seorang pegawai besar di dalam ROS boleh cuai di dalam mengenalpasti sesuatu undang-undang atau Perlembagaan Parti yang pihaknya mahu haramkan parti berkenaan?

Ini bukan perkara kecil kerana ianya melibatkan pengharaman sesebuah parti yang kebetulannya pula sedang berada di puncak sokongan rakyat.

Bukan satu kesilapan, banyak kesilpan telah berlaku yang gagal dikesan oleh pegawai besar di dalam ROS ini.

Adakah selama ini tugas beliau hanya menandatangani sahaja apa jua surat yang diletakkan di atas meja pejabat beliau?

Nama anggota parti tersebut pun jauh tersasar malahan tidak direkodkan pun oleh parti berkenaan sebagai ahli. Jika bukan ahli, mengapa ada timbul dipecat tanpa ikut Perlembagaan Parti? Kesilapan tarikh juga berlaku.

Jelas, kerja ini seolah-olah dilakukan secara tergesa-gesa seperti juga dengan kes video seks yang dilakukan secara tergesa-gesa sehinggakan terakam susuk tubuh orang ketiga di dalam bilik.

Mengapa ini terjadi? Gagal `membunuh' karektor DS Anwar, gagal menghancurkan rumahtangga DS Anwar, dan sebelum ini telah pun menyekat akhbar Suara Keadilan dengan tidak memberikannya permit, kini ada cubaan terbaru?

Manusia merancang, Allah jua merancang tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang. Rakyat harus bangun dan bersedia untuk hadapi apa jua kemungkinan selepas ini kerana pengikut apco itu tidak akan berpuas hati selagi usaha jahat mereka tidak berjaya


-wfauzdin_ns

Tiada ulasan:

Catat Ulasan