Pengikut

Jumaat, 6 Mei 2011

PM Najib main dam aji dengan Dj Radio hot FM

Di dalam usahanya untuk mendekatkan diri kepada rakyat terutamanya golongan muda bagi mempersiapkan diri menghadapi Pilihanraya Umum ke 13, Perdana Menteri Najib Tun Razak, terpaksa muncul di Radio Hot FM pagi ini. DJ Hot FM seperti biasa penuh dengan gelak ketawa mengampu Perdana Menteri saat mereka berbual.

Apa yang menarik, demi menggambarkan diri beliau sebagai seorang Perdana Menteri yang "sporting" terhadap orang muda, Najib sanggup bermain dam aji bersama Faizal Ismail, DJ Hot FM (Namun portal Malaysiakini menulis Najib bermain catur).

Inilah gaya ahli politik. Mereka sanggup bertukar-tukar wajah, bertukar-tukar rupa dan perangai demi memenangi hati pengundi dan rakyat Malaysia keseluruhannya. Rakyat yang tertipu akan terpesona dengan gaya ini meskipun baru semalam kerajaan sekali lagi menaikkan harga minyak sebanyak RM0.20 di saat harga minyak dunia mengalami penurunan.

Kononnya harga minyak RON97 diapungkan harganya mengikut harga minyak dunia, tetapi jelas di depan mata dan batang hidung bahawa kerajaan telah menaikkan harga RON97 di saat harga minyak dunia sedang mengalami penurunan. Rakyat yang kurang cerdik akan terus tertipu, lebih-lebih lagi dengan sandiwara "Orang politik bermain dam aji".


"Untuk menaikkan harga RON95 barangkali Najib akan menyertai pertandingan fesyen pula" - ReJaM©

-MiloSuam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan