Pengikut

Khamis, 26 Mei 2011

Lensa Perbatasan: Lawatan SKUAD PRIHATIN ke DUN Seberang Jaya

Warga emas ini juga telah diuruskan dan mendapat bantuan dari P.U.Z secara bulanan oleh pihak Pusat Khidmat dan Pegawai Penyelaras Kadun.

Memberi penerangan berkaitan bantuan yang tersedia.

Ini adalah lawatan susulan. sebelum ini Pusat Khidmat dan Pegawai Penyelaras Kadun telah menziarahi dan menguruskan bantuan dari P.U.Z utk warga emas yang lumpuh ini.

Beberapa hamper utk golongan yg diziarahi disediakan oleh JKKK Jalan Tenggiri.

Pengerusi JKKK Taman Tun Hussein Onn, saudara Ramlee Nayan menyampaikan sedikit bantuan kewangan kepada warga emas.

Tinjauan selesai. Pengerusi JKKK akan menghubungi dan berbincang dgn pihak Gamuda-MMC.

Menziarahi seorang warga emas yang telah beberapa tahun lumpuh akibat strok.....lokasi simpang empat Permatang Batu.

Bekas Tok Siak yg terlantar akibat strok.

Pengerusi JKKK Kampung Pertama, Haji Ishak (berkopiah) turut serta.


PERMATANG PAUH-Program kali ini melihatkan peningkatan komitmen JKKK tempatan dalam mengatur jadual dan gerak kerja.

JKKK yang terlibat ialah JKKK Simpang Ampat, JKKK Kampung Pertama, JKKK Jalan Tenggiri dan JKKK Taman Tun Hussein Onn.

Terima kasih kepada Pengerusi, Setiausaha dan AJK JKKK tempatan yang terlibat dalam menjayakan program kemasyarakatan ini.


Semoga masyarakat mendapat manfaat dari program sebegini dan mendekatkan ahli keADILan dengan masyarakat setempat.

Terima kasih juga diucap kepada Ahli Majlis MPSP untuk kawasan Seberang Jaya, saudara Johari Kassim, Naib Ketua 1 keADILan Cabang Permatang Pauh dan para aktivis sukarela yang lain.


-AMK Pmtg Pauh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan