Pengikut

Rabu, 11 Mei 2011

Cubaan Bunuh Anwar Eksklusif Dari Siasah

Semalam pemandu Anwar Ibrahim, Abdullah Sani Said, 51 telah membuat laporan polis mengenai kemalangan dihadapinya kerana keroskan pada brek kereta Mercedez yang dipandunya.

Beliau membuat laporan polis kerana mengsyaki ada perbuatan khianat ke atas kereta berkenaan setelah menyedari kerosakan itu agak pelik dari biasa.

Kereta itu sering digunakan untuk membawa Anwar Ibrahim dan Wan Azizah. Kemungkinan perbuatan itu cubaan untuk membunuh bosnya, Anwar Ibrahim.

Setengah orang melihat kejadian ini sebagai rekaan semata-mata untuk meletakkan Anwar sebagai seorang penting.

Iya, mereka boleh ketawa dan boleh bergurau, kerana kejadian merbahaya itu berlaku kepada diri orang lain. Cuba bayangkan kalau kemungkinan itu terjadi kepada diri sendiri.

Jika jika dilihat kepada usaha berterusan untuk menghapuskan kerjaya politik Anwar, namun ia juga tidak berhasil, tidak mustahil kalau ada pula usaha untuk menghapuskan nyawanya. Sebelum berlaku kita merasakan mustahil, tetapi sudah terjadi baru kita menyedari ianya satu hakikat yang tidak pernah diramalkan.

Siasah menjadikan laporan Abdull Sani itu sebagai story muka depan minggu ini. Rasanya kalau anda ingin mengetahui lanjut di sebalik apa yang berlaku, ikutlah dalam Siasah yang akan berada di pasaran pagi esok.

-MSO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan