Manusia dan semua mahkluk yang di cipta Tuhan akan mati dan mati itu adalah wajib. Mati tidak boleh ditangguhkan atau dipercepatkan walaupun sesaat. Itu adalah kuasa mutlak Tuhan semsta alam dan Maha pencipta. DIA yang mencipta dan DIA jugalah yang akan mematikan mahluk itu.
Hanya yang membezakannya ialah cara dan penyebab seseorang itu mati. Mati tidak perlu kita takuti kerana hanya roh yang sudah mati tubuhnya itu sahaja yang akan tahu samada mati itu nikmat atau celaka. Roh tidak mati yang mati hanya tubuh kita. Itu sebabnya ada elemen dosa dan pahala. Jika roh itu mati masakan ada elemen dosa dan pahala itu kerana roh kita itulah yang akan mengalami kebahagiaan atau celaka sesudah seseorang itu meninggalkan dunia ini.
Perbezaan cara dan penyebab seseorang itu meninggal bermacam-macam. Setengahnya mati kerana ‘accident’. Ada yang mati kerana penyakit yang tubuh kita alami seperti kanser, batuk kering, angin ahmar dan bermacam-macam lagi penyakit. Ramai anggota tentera serta orang awam meninggal kerana peperangan di antara dua atau lebih pihak.
Puluhan ribu rakyat Iraq mati kerana peperangan ciptaan Amerika Syarikat dan sekutunya. Ramai orang Palestin mati kerana serangan bersenjata Israel. Satu lagi cara orang boleh mati ialah banjir dan bah besar. Semasa bah besar di zaman Nuh alaihissalam semua manusia mati kecuali 81 atau 83 orang pengikut Nuh sahaja yang terselamat. Baru-baru ini tiga pulu ribu rakyat Jepun telah mati akibat Tsunami baru-baru ini.
Begitulah keadaannya. Banyak cara manusia ini mati untuk memisahkan tubuh dengan rohnya. Rohnya kan kembali menghadap penciptanya. DAN roh ini lah yang akan merasakan kebahagiaan atau celaka selepas manusia mati.
Roh akan mengalami keadaan di alam barzah itu bergantung kepada bagaimana ia memandu kehidupan semasa masih bertubuh itu. Ianya bergantung kepada niat-niat mereka. Semasa hidup, kita dituntut untuk mengingat Maha pencipta sentiasa bagi mentauhidkan kebesaranNya yang tidak ada sesuatu yang boleh dibandingkan denganNya. Itu sebabnya ada apa yang di sebutkan sebagai ‘solatul Daimun’, iaitu mengingatiNya sentiasa; semasa berdiri, semasa tidur dan setiap masa selagi nafas kita masih ada.
Itulah sebabnya disyariatkan setidak-tidaknya kita wajib melakukannya dengan kerja tubuh, iaitu solat lima waktu yang menjadi rukun kepada agama kita. Itu sebabnya solat itu dikatakan sebagai tiang agama kita selain dari empat lagi yang telah di rukunkan.
Apabila roh kita telah terpisah dengan tubuhnya, tubuhnya itu dinamakan jenazah dan akan kembali kepada asalnya, tanah. Roh akan mengadap rabbul alamin untuk menerima apa yang telah dijanjikan Tuhan itu.
Cara roh dan tubuh itu berpisah adalah berbagai-bagai. Selain dari apa yang telah di sebutkan tadi sekarang ini ada cara dan tempat yang baru kita dengar bagaimana roh itu boleh berpisah dengan tubuhnya; iaitu di pejabat MACC. Ini merupakan fenomena yang baru. Setakat ini baru dua kejadian sahaja; satu di Plaza Masalam di Shah Alam dan satu lagi di pejabat Suruhanjaya itu di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur.
Saya tidak berani hendak membuat komen tentang isu ini kerana ianya melibatkan kematian seorang pemjawat awam dalam perkhidmatan. Kalau saya nak ikutkan apa yang ada di dalam diri saya ini bermacam-macam akan terkeluar dari pemikiran saya.
Biarlah pihak yang berwajib untuk menyelsaikan isu ini. Hanya kita patut mendoakan akan roh Ahamad Sarbini di telakkan di antara roh-roh yang beriman dan sentiasa berada di kalangan roh-roh yang baik di sisi Tuhan. Kepada keluarga Allahyarham saya meminta mereka bersabar menghadapi dugaan Tuhan ini. Setiap manusia pasti menghadapi dugaan. Tuhan akan hanya memberikan dugaan setakat yang manusia mampu menerimanya.
Hanya yang perlu bagi semua lakukan ialah untuk bermunajat dan berdoa agar pejabat MACC ini tidak di persepsikan sebagai tempat untuk menghampiri maut. Wallahualam.
-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan