Demikian dinyatakan Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty ketika mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa Wan Azizah tidak layak megesahkan lelaki dalam video yang dikaitkan dengan Anwar.
Nazri membuat kenyataan tersebut atas alasan akan ada konflik kepentingan memandangkan Wan Azizah adalah isteri Anwar.
Muhammad Nur seterusnya berkata, kenyataan Nazri itu membuktikan Umno gagal mendidik pemimpinnya untuk memahami syariat Islam dengan mendalam.
“Hubungan suami dan isteri adalah satu perjanjian agung yang disaksikan Arasy,” tegas beliau.
Bahkan katanya, Wan Azizah merupakan individu yang paling layak berbuat demikian kerana beliau lebih mengenali susuk tubuh suaminya sendiri.
“Selepas hidup bersama lebih 20 tahun, siapakah yang lebih rapat dan mempunyai hubungan lahir dan batin dengan Anwar selain daripada Wan Azizah?” tanya Muhammad Nur.
Muhammad Nur seterusnya berpesan kepada Nazri agar tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak masuk akal semata-mata kerana sudah kehabisan modal politik.
“Jangan kita habis modal politik, kita bercakap perkara yang bukan-bukan,” kata Dr Muhammad Nur.
Dari Malaysiakini
Nazri: Azizah tak layak kenalpasti lelaki video seks
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz mahu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi membersihkan nama BN berhubung isu video seks.
Katanya, cadangan untuk menubuhkan suruhanjaya itu kepada Kabinet Jumaat ini.
Semalam, presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menafikan bahawa suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video berkenaan dan menimbulkan kemungkinan ia didalangi oleh BN.
"Wan Azizah tidak cekap bagi kenal pasti (lelaki dalam video) kerana ia pasangannya,” kata Nazri sambil menambah terdapat percanggahan kepentingan dalam perkara tersebut.
BN, menurutnya perlu bertindak segera bagi mengelakkan spekulasi orang ramai berhubung video seks berkenaan.
"Apabila dia (Wan Azizah) keluar kenyataan, saya berpendirian perkara ini tidak boleh terhenti di situ sahaja kerana jika tidak dijawab oleh kerajaan dan tidak diadakan suruhanjaya diraja, kerajaan akan dituduh terbabit.
"Saya berpendapat untuk menyelesaikan masalah ini, dan seperti saya katakan, Wan Azizah bukanlah pakar yang menentukan identiti pelaku itu, saya rasa adalah lebih adil jika kita wujudkan Suruhanjaya Diraja yang dianggotai oleh mereka yang bebas," katanya kepada pemberita di pejabatnya di bangunan Parlimen hari ini.
Nazri berkata, bahawa setelah penafian itu dibuat, rakyat mempunyai hak untuk mengetahui sama ada benar atau tidak Anwar adalah lelaki dalam video itu.
"Dan penyelesaian terbaik bagi isu itu adalah dengan menubuh suruhanjaya diraja.
“Sebagai kerajaan, kita bukan sahaja mesti bersih tetapi juga dilihat sebagai bersih," katanya.
Nazri berkata, usul untuk menubuhkan suruhanjaya itu dibuat kerana kerajaan mendengar pandangan rakyat dan juga badan bukan kerajaan termasuk Dewan Pemuda PAS yang meminta sebuah suruhanjaya diwujudkan bagi menangani isu itu.
"Saya akan memperakukan dan akan sedaya upaya meyakinkan Kabinet untuk menubuhkan suruhanjaya itu," katanya.
p/s:
Secara langsung Nazri telah membuat fitnah terhadap DSAI tanpa dia mendatang 4 saksi. Beliau bercakap semata-mata mengunakan metadologi beliau sendiri, aku ingat, aku fikir dan aku rasa tanpa bersandarkan firman dan sabda nabi.
Allah berfirman dalam surah al Buruj ayat 10
إِنَّ ٱلَّذِينَ فَتَنُوا۟ ٱلْمُؤْمِنِينَ وَٱلْمُؤْمِنَـٰتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا۟ فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ ٱلْحَرِيقِ
Bermaksud : Sesungguhnya orang-orang yang menfitnah orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka Jahannam (kerana perbuatan buruk itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat).
Allah dah sediakan 2 Geran bagi orang yang membuat Fitnah semasa diakhirat nanti iaitu Neraka Jahanam dan Neraka alhariq. Oleh itu jangan sampai kita terbabit / bersubahat dan jangan kita sokong mereka yang berbuat fitnah, pemimpinnya, penyokongnya dan partinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan