Pengikut

Khamis, 17 Mac 2011

Sebab DSAI engan beri contoh DNA beliau......

Mengapa Datuk Sri Anwar tidak berani atau tidak mahu memberikan contoh DNA beliau?

Jawapannya mudah sahaja kerana Anwar tahu malaun-malaun akan menggunakan sample DNA itu untuk mengenakan beliau.
Semua orang tahu konspirasi kes liwat 1 sudah terbukti, Anwar tidak bersalah dan kes liwat itu adalah satu konspirasi jahat. Sudah tentu Anwar mempunyai sebab untuk tidak memberikan sampel DNAnya dalam keadaan konspirasi kedua akan dilakukan.
Ini bukan soal berani atau tidak berani, ini soal kepada siapa sampel itu akan diberikan. Sudah tentu ia akan diberikan kepada pihak berkuasa yang kejujuran mereka sudah lama dipertikai dan diragukan.
Pemberian sampel itu ibarat Anwar menghulurkan tengkuknya untuk disembelih.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan