Bercakap kepada Tv Selangor, Azmin berkata, Pakatan Rakyat juga akan memastikan pilihanraya negeri Sarawak yang bakal diadakan tidak lama lagi, mampu memberi tamparan hebat kepada Barisan Nasional, sekaligus menyampaikan mesej rakyat kepada parti itu.
"Insya-Allah kita bersedia untuk menghadapi apa jua kemungkinan dalam masa terdekat ini. memang kita sudah menjangkakan bahawa pilihanraya umum-13 akan
diadakan lebih awal daripada jangkaan kita untuk mendapatkan mandat semula,"katanya.
Azmin turut menjelaskan, pihaknya kini sedang mempersiapkan jentera parti bagi menghadapi Pilihanraya Negeri Sarawak.
Malah beliau turut menyatakan kesediaannya jika Pilihanraya Negeri Sarawak diadakan serentak dengan Pilihanraya Umum ke-13.
" Saya yakin, Pakatan Rakyat khususnya Keadilan bersedia menghadapi pilihanraya akan datang. Esok saya akan ke Sarawak untuk meneliti persiapan Pilihanraya
Negeri Sarawak. Kita sudah sampai ke tahap yang terakhir dari segi pengagihan kerusi dan juga calon. Sekiranya dilakukan secara bersama dengan peringkat
pusat, Insya-Allah kita juga bersedia.

" Malahan dengan perkembangan baru ini saya kira semangat rakyat untuk membawa perubahan itu terlalu kuat dan hanya menanti masa PRU akan datang,"katanya lagi.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini tidak menolak kemungkinan akan mengadakan pilihan raya umum awal, yang disebut-sebut bakal diadakan tahun ini.
Dalam temu bual dengan Reuters sempena lawatan ke Australia hari ini, Najib berkata, prestasi yang baik pada pilihan raya negeri Sarawak akan membantu tanggapan orang ramai dan kemungkinan memberikan petanda ke arah pilihan raya umum awal.
Mandat semasa kerajaan pusat hanya berakhir April 2013. Di DUN Sarawak, BN kini memiliki 63 daripada 71 kerusi.
Najib, yang perikatan pimpinannya BN menyaksikan prestasi buruk tiga tahun lalu, berjanji untuk memulihkan keyakinan pelabur di Malaysia dengan melaksanakan pembaharuan termasuk memperkenalkan cukai tertangguh berganda.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan