Katanya kos itu meliputi perkhidmatan sokongan serta logistik kedua-dua kapal selam jenis Scorpene iti dan tidak melibatkan kos alat ganti.
Menjawab soalan Datuk Ibrahim Ali (Bebas -Pasir Mas) pada persidanngan Dewan Rakyat di sini pada Rabu, beliau berkata kontrak penyelenggaraan dan dilaksanakan oleh syarikat usaha sama tempatan dengan pembuat Scorpene iaitu Bousteas DCNS Naval Corporation Sdn Bhd .
Abdul Latiff berkata kontrak antara kerajaan dan syarikat penyelenggaraan itu meliputi perjanjian selama enam tahun.
"Penyelenggaraan setiap sebuah kapal selam bernilai RM25 juta setahun itu untuk pastikan kita negara sebagai pengguna aset itu boleh menggunakan aset itu pada bila-bila masa
"Kalau ia tidak boleh memenuhi hasrat TLDM kita boleh denda (syarikat itu) mengikut perjanjian yang dimeterai", katanya
Malaysia menempah dua kapal selam baru jenis Scorpene dengan kos pembelian berjumlah RM3.4 billion pada 2002 yang dibina secara bersama oleh DCNS dari Perancis dan Navantia,syarikat pembuat kapal selam dan Sepanyol.
KD Tunku Abdul Rahman tiba di perairan Malaysia pada September 2009 dari Perancis manakala kapal selam kedua negara , KD Tun Razak tiba di pangkalan Tentera Laut Diraja MAlaysia di Teluk Sepanggar, Sabah tiba Julai 2010.
Kepada soalan wakil sama Abdul Latiff berkata kerosakan teknikal pada KD Tunku Abdul Rahman seperti yang dilaporkan sebelum ini telah berjaya diatasi dengan ujian selaman yang berjaya dilaksanakan pada 22 Feb tahun lepas.
Sebelum itu dilaporkan kerosakan mekanikal dikesan pada 17 Jan tahun lepas ketika kerja penyelengggraan dilakukan di Pangkalan TLDM di Teluk Sepanggar.
Pada masa yang sama Abdul Latiff turut mengingatkan semua pihak agar tidak mendedahkan keburukan serta kelemahan aset pertahanan negara kepada anasir luar seperti yang seringkali dilakukan oleh pembangkang sebelum ini.
"Masalah teknikal yang dihadapi oleh kapal selam adalah masalah biada yang hanya boleh dialami oleh mana-mana kapal selam dunia. Saya kira dalam hal kenteraan dan keselamatan negara kita patut berkongsi rahsia jangan mendedahkan kelemahan sistem pertahanan negara ke luar negara, katanya.
Beliau berkata percapaian paling membanggakan dalam operai kapal selam berkenaan ialah apabila KD Tunku Abdul Rahman membuat penembakan misil SM 39 pada Julai lepas di kedalaman 55 meter telah mengenai sasaran yang berada sejauh 40 kilometer.
"Kejayaan itu dapat meningkatkan semangat juang yang lebih tinggi daripada krew kapal walau pembangkang mengatakan kedua-duanya bermasalah, "katanya
Abdul latiff juga berkata Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berpuas hati selepas menaiki KD Tunku Abdul Rahman dan menyelam pada kedalaman maksimum operasi di Laut China Selatan baru-baru ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan