Pengikut
Jumaat, 4 Mac 2011
Cis! Ini dia Cina yang tipu melayu!
Lim Kit Siang? Lim Guang Eng? Masa kat Kerdau… setiap buah rumah ada diedar risalah DAP anti islam. DAP anti melayu. Yang bertanding di Kerdau & Merlimau adalah PAS lawan UMNO. Kesemua 4 calon yang bertanding adalah melayu. Tetapi risalah rasis UMNO yang menyerang DAP pulak yang diedar.
Kalau DAP bertanding, nescaya risalah PAS nak laksanakan Negara Islam pulak yang diedar. Punyalah batu api UMNO ni…
Sekarang baru terlondeh. 1. Cina mana yang tipu melayu? 2. Melayu mana yang kena tipu. 3. Macamana boleh terbongkar?
Aku ingat Lim Kit Siang ke, Lim Guang Eng ke? Teresa Kok atau Elizabeth Wong? Ish 3X! rupa-rupanya…
Chan Kong Choy Didakwa Menipu Dalam Skandal PKFZ
PUTRAJAYA: Bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy pada Isnin didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan menipu bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung projek Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Dia didakwa mengikut Seksyen 417, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Difahamkan, Chan yang berada di luar negara pulang beberapa hari laku selepas diminta oleh pihak berkuasa.
Hakim Mahkamah Seksyen Azhaniz Teh Azman membenarkan Chan diikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin. Beliau menetapkan 31 Mac untuk sebutan semula kes. Chan merupakan bekas Menteri Pengangkutan yang kedua yang didakwa berhubung skandal PKFZ selepas Tun Dr Ling Liong Sik.
Hah! Tu dia. Chan Kong Choi seorang yang diberi pingat Tan Sri. Dituduh menipu. Beliau bukan pimpinan PR tetapi bekas timbalan MCA. Bekas Menteri Pengankutan dan di tuduh bersekongkol dengan bekas Menteri Pengangkutan selaku Presiden MCA yang juga dianugerah pingat Tun oleh melayu UMNO. Tun & Tan Sri cina inilah yang menipu bekas Perdana Menteri juga seorang Tun melayu UMNO iaitu, Abdullah Ahmad Badawi. Seorang perdana menteri yang bertamaddun (Hadhari) tetapi telah dibadwikan oleh cina MCA. Malang sungguh!
Selama ini UMNO dok serang seolah pemimpin PR lah pengkhianat Negara, berkepentingan dan menipu rakyat. Tipu Negara? Sekarang ni baru jelas yang menipu Negara tu ramai di kalangan Tan Tin Tun. Segerabak dengan UMNO dalam kompenen BN. Mereka pakat tipu sesama sendiri untuk membaham harta rakyat. Bukan sedikit 12 billion!!!
Ingatkan melayu yang kena tipu itu Tok Guru Nik Aziz kea tau Tok Guru Haji Hadi. Sebab kuat sangat UMNO kempen DAP ganti PAS. Rupanya Melayu yang kena tipu adalah melayu UMNO. Bodoh sangat ke UMNO ni? Mcamana jadi PM? Siapa penasihat beliau. Mana menteri-menterinya? Habis apa kerja menantu beliau yang dikatakan bijak lagi pandai lepas Oxford tu. Atau sama-sama pakat membodohkan bapak mertua. Rupanya setakat itulah kehebatan kepimpinan yang berjaya dilahirkan oleh UMNO-BN. Munasabahlah dikalangan umat Islam, pemimpin jahiliyyah terkenal digelar Abu Jahl (Bapak Kejahilan) dan dikalangan mereka iaitu musrikin Quraish dipanggil Abal hakam (Bapak Kebijaksanaan).
Macamana boleh terlondeh? Itupun terlondeh dan berani dilondehkan selepas tiada jawatan. Barulah sangkut. Dalam masa yang sama imej Pak lah mahu terus dicemarkan oleh seseorang yang terus berdendan dengan beliau. Bukan dikalangan orang Pas tetapi dikalangan orang UMNO dan pimpinan UMNO. Itu baru PM sepenggal. Bagaimana dengan Tun Mahathir yang dah banyak penggal? Bila nak terlondeh? Fuhh!!! Macam Mubarak, Ben Ali atau Ghadafi le. Jatuh baru terlondeh. Sebab itu Mahathir dok berlengkar dilengan Najib dan amat bimbang kalau BN tumbang. Mana ada PM melayu yang tidak ditipu cina. Sejak PM pertama lagi, ditipu oleh Lee Kuan Yew sehingga terlepas Singapura.
Kita dok tunggu saki-baki cina yang menipu ini diheret. Bila lagi? Kita juga dok tunggu melayu mana pulak yang akan diheret kerana tipu melayu pulak. Takkan kes PKFZ yang hentam berbelas billion ini melayu tak tumpang semangkuk. Takkan Adun Pelabuhan Kelang ketika itu tak terlibat. Yelahhh selaku tuan rumah. Takkan MB Selangor ketika itu tak terlibat? Takkan Cina aje terlibat. Biasanya macam cerita P.Ramlee dalam gua tu lahh.. satu untuk engkau, satu untuk aku… Kita tunggulah.
Mungkin akan ada sekor dua yang dikambing-hitamkan selepas tiada jawatan macam Khir Toyo tu.. Atau pun mereka-mereka ini masih berpangkat dan berjawatan atau masih besar kabel-kabel mereka ni sehingga masih selamat dari didakwa.
Kalau rakyat nak tahu siapa mereka ini? Kalau nak tahu betapa haprak mereka ini, rakyat perlu serah Putrajaya kepada PR. Dengan sistem kehakiman baru yang adil lagi telus nescaya dapatlah rakyat lihat siapa pengkhianat sebenarnya. Siapa penipu rakyat, Siapa penyamun tarbus. Rakyat akan lihat wajah-wajah UMNO-BN sebenarnya. Rasanya tak cukup penjara Sungai Buluh tu. Kalau tak pun pakai kapal selam lari ke Monggolia???
Oleh Ust Saiful Bahri
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan