Pengikut

Selasa, 1 Februari 2011

Tiada Bukti Cuba Kaitkan Anwar

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua hari ini menegaskan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak terlibat langsung dengan negara Saudi yang didakwa membiayai Anwar dalam mengetuai Pakatan Rakyat.

Jelas Tian selepas siasatan dijalankan dan keputusannya secara jelas menunjukkan bahawa tiada bukti yang dijumpai membabitkan Penasihat Ekonomi Selangor itu.
Menurut Tian lagi, media semasa kini berada di bawah kawalan kerajaan UMNO-BN dan sekaligus membolehkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, memanipulasi pihak media supaya memutar belitkan fakta.

Beliau turut berkata sinis kepada Hisyamuddin harus melakukan siasatan terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan tanpa bukti yang kukuh.

Beliau menegaskan lagi, isu seperti ini tidak sepatutnya diutarakan, sedangkan Najib selaku Perdana Menteri dan menteri kewangan enggan menyiasat aliran keluar wang haram yang didakwa mencecah RM888 bilion, yang lebih mencemaskan.

"Jika siasatan dijalankan,ia hanya serkap jarang,isu sebenarnya ialah kerajaan perlu menangani beberapa isu antarabangsa yang memerlukan penjelasan," katanya.

Sebelum ini satu laporan risikan Saudi berkata tiada bukti mana-mana pegawai negara itu membiayai Anwar yang mengetuai Pakatan Rakyat, tetapi mengesan sebuah pertubuhan fundamentalis Islam yang ada hubungan dengan pemimpin pembangkang telah memanfaatkan rangkaian Al-Qaeda menerusi sokongan ahli-ahli politik negara-negara Islam.

CNN juga menamakan satu siasatan sulit telah dijalankan ekoran aduan Najib bahawa Saudi membiayai Anwar menjelang pilihan raya umum ke-13.

Hishammuddin menegaskan Najib tiada sebarang kaitan dengan laporan CNN bahawa beliau meminta Arab Saudi menyiasat pembiayaan dana pilihan raya Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun Hishammuddin berkata beliau telah mengarahkan pihak berkuasa agar menyiasat dakwaan bahawa Anwar ada kaitan dengan kumpulan pengganas antarabangsa.

Laporan CNN itu muncul ketika tinggal tiga hari sebelum hari pengundian pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang dan di tengah-tengah spekulasi negara bakal menyaksikan pilihan raya umum ke-13.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan