Pengikut

Jumaat, 18 Februari 2011

Semoga Allah S.W.T Memberi Hidayah Pada Tun Mahathir

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat hidayah Allah SWT dalam meneruskan kehidupan serta berhenti daripada terus mengkritiknya.

“Saya tidak berhasrat setakat ini untuk mengulas jawapan Tun Mahathir terhadap saya seperti yang tersiar di akhbar semalam (kelmarin), cukuplah saya berkata, saya simpati dengan beliau, semoga beliau mendapat hidayah Allah,” katanya dalam ruangan Facebooknya, semalam.

Dr Mahathir dalam tulisan di blognya mendakwa, tujuan hidup Mursyidul Am Pas itu hanyalah untuk memenangi pilihan raya dan kemudian menjadi pemerintah bersama DAP serta PKR.

Beliau berkata, Menteri Besar Kelantan itu juga sanggup bekerjasama dengan pihak yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala Pas di samping mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya umat Islam melonggarkan pegangan mereka terhadap ajaran Islam.

Menurutnya, Nik Abdul Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, dalam masa sama bersedia bekerjasama dengan syaitan bagi menjayakan perjuangannya.

Dalam pada itu, Nik Aziz dalam blognya mendakwa kegagalan kepimpinan Dr Mahathir menyebabkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) hanya memberi keuntungan kepada segelintir golongan.

Malah, katanya, kegelisahan atau dilema di kalangan rakyat pelbagai kaum negara ini termasuk orang Melayu sendiri berpunca daripada UMNO yang menolak perjuangan berasaskan bangsa.

“Kegagalan DEB pada 1990 ada tercatat dalam sejarah.

"Hakikatnya pelaksanaan DEB menyebabkan Bumiputera tak ke mana, melainkan ada segolongan sahaja yang mengecap nikmat," katanya.

Nik Aziz berkata, pemilikan kekayaan negara hanya 18 daripada 30 peratus yang disasarkan.

"Kenapa gagal? Dr Mahathir selaku Perdana Menteri masa itu ada jawapan sebenar. Habis kenapa Dr Mahathir sembunyi punca?" katanya. Aziz


Dari Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan