Pengikut

Sabtu, 5 Februari 2011

Rakyat Sarawak Perlu Tukar Kerajaan

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh rakyat Sarawak segera menukar kepimpinan negeri Tan Sri Taib Mahmud itu yang sudah lebih 30 tahun memerintah negeri itu.

Katanya, rakyat Sarawak perlu segera menuntut perubahan dengan cara yang berhemah iaitu melalui pilihanraya yang bersih jika mahu kehidupan yang lebih baik.

Tambah Anwar, tidak perlu menjadi seperti Mesir sehingga rakyatnya bangkit di jalanan menuntut keadilan tetapi cukuplah dengan menggunakan medan pilihanraya yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

"Sarawak (Taib Mahmud) mesti turun.

"Siapa yang perintah 30 tahun, jangan jadi macam Mesir," katanya kepada kira-kira 200 tetamu yang hadir pada sambutan Tahun Baru Cina di perkarangan Pejabat PKR, cabang Stampin, di sini, dekat sini.

Menurut Anwar, Pakatan Rakyat tidak perlu memberikan janji-janji politik yang melampau kerana rakyat Sarawak sedia maklum akan perubahan yang dibawa oleh Pakatan di negeri-negeri yang ditadbirnya.

"Di Pulau Pinang, sewaktu kita ambil alih, defisit lebih RM1 bilion tapi dua tahun di bawah Lim Guan Eng, kita bukan rugi tetapi untung pula," jelas Anwar disambut tepukan gemuruh hadirin.

Mereka juga melaungkan "Hidup Pakatan Rakyat".

"Kita sudah buat, ini bukan lagi janji.

"Sebab apa kita boleh buat? 50 tahun Umno jaga tak buat. Sebab apa Pakatan Rakyat jaga 6 bulan boleh buat. Sebab kita tidak curi balak, tanah atau saham. Kalau ada menteri besar, ketua menteri ambil tanah, bagi kontrak pada anak bini, dia keluar! Saya, Kit Siang, Hadi tak peduli, kita buang dia. Tidak kira PKR, PAS atau DAP. Baru boleh jaga negeri," kata Anwar lagi merujuk kepada bagaimana Pakatan Rakyat mentadbir Selangor sehingga rakyat di negeri itu berjaya menikmati pelbagai kemudahan seperti air percuma, khairiat kematian dan kemudahan anak masuk universiti.

Anwar berada di Sarawak untuk program jelajahnya dan Mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri Sarawak di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan