Pengikut

Ahad, 6 Februari 2011

Pemimpin Dan Ahli PR Mula Lompat Parti Tanpa Sebab!

Pemimpin pembangkang sudah mula melompat parti secara beramai-ramai dengan alasan yang serupa seperti pemimpin-pemimpin katak yang lalu, iaitu "hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti".

Kalau dilihat, sepuluh orang pemimpin DAP Tawau termasuk ketua publisitinya James Leong Yun Fui, meninggalkan parti berkenaan dan menyertai Parti Gerakan, terlalu hanyir "fishy" apabila memberikan alasan, "hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti DAP yang didakwanya hanya pandai bercakap tetapi tidak mampu menunaikannya".

Malah katak-katak ini mendakwa, hanya BN yang mampu membawa pembangunan kepada rakyat secara keseluruhannya dan yakin dengan gagasan 1Malaysia oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dianggapnya telah berhasil mengembalikan sokongan rakyat kepada pemimpin dan kerajaan. [Malaysiakini]


Tengok baik-baik, pemimpin DAP mana yang keluar parti ini? Ini semua pemimpin DAP Tawau, Tawau terletak di mana? Bukan di semenanjung, tapi di Sabah. Negeri Sabah yang dahulu merupakan Negeri kedua terkaya di Malaysia (1972) kini bertukar menjadi paling miskin di Malaysia selepas diambil alih oleh Barisan Nasional.

Sudah jadi Negeri paling miskin, paling mundur, paling corot di Malaysia selama diperintah oleh Barisan Nasional, masih ada lagi pemimpin DAP yang yakin hanya BN yang mampu membawa pembangunan ke Sabah? Nampak sangat cina-cina bukit ni tak paham pun apa yang dia cakapkan kah kah kah.

Sudahlah begitu, cina-cina bukit ni memilih untuk menyertai parti Gerakan yang sememangnya duduk di tangga tercorot masakini dalam carta parti terlungkup di belakang MCA yang turut sama ditolak oleh rakyat Malaysia pada PRU 12.

Sifirnya mudah, "nak tunggu jadi menteri lambat lagi, apa yang ada aku sapulah, yang penting hidup aku senang, boleh buat rumah di luar negara".


Dari :ReJaM© / Rakyat Marhaen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan