Pengikut

Sabtu, 5 Februari 2011

Nik Aziz sahut cabaran ulama UMNO

Tunggu apa lagi ulama Umno, Tok Guru sudah setuju, tetapkan hari tempat dan waktu saja... Nampak gaya hempa dah mula kecut, bila Tok Guru sahut cabaran... Tengok wira katak mula merapu dah...
- Dperbatasan

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyahut cabaran Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Profesor Mohd Noor Deris untuk berdebat berhubung dakwaan beliau membuat kenyataan yang merosakkan akidah selain memecahbelahkan umat Islam.

Nik Aziz berkata, debat adalah cara terbaik bagi menyelesaikan kekusutan sekali gus memberi kefahaman kepada umat Islam.

“Saya setuju kerana apabila berlaku kekusutan, kita diminta berdebat dengan cara baik bagi mencari jalan penyelesaian.

“Boleh (berdebat), tidak menjadi masalah asalkan kita menjadikan al-Quran sebagai ‘orang tengah’,” katanya selepas mengimami solat hajat pada Program Solat Hajat Selamatkan Siswa dan Rakyat Mesir Bersama Tok Guru di Medan Ilmu di sini, semalam.

Menurutnya, setiap perkara yang berlaku perlu dirujuk kepada Allah SWT yang menurunkan al-Quran serta mengirimkan Nabi Muhammad SAW.

Dalam satu kenyataan disiarkan media kelmarin, Mohd Noor yang juga bekas ahli Pas menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja Melayu supaya mengkaji beberapa kenyataan Nik Aziz yang dilihat bercanggah dengan syarak selain menjejaskan kestabilan politik dan keselamatan negara.

Antara lain, Menteri Besar Kelantan itu didakwa pernah mengeluarkan kenyataan sesiapa yang mengundi Pas masuk syurga dan tidak mengundi Pas disifatkan sebagai jahiliah ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor baru-baru ini.

Bagi Mohd Noor, kenyataan itu tidak boleh dibiarkan kerana ia akan menyebabkan ramai orang mati kerana murtad atau keluar dari Islam.

Sehubungan itu, beliau mencabar Nik Aziz untuk berdebat secara terbuka mengenai perkara itu.

Menurutnya, Nik Aziz kerap kali melakukan fitnah antaranya dengan mengatakan Malaysia bukan negara Islam, UMNO tidak mahu Islam dan imam UMNO tidak sah diikuti.


Baca kenyataan wira katak dibawah ini, oleh kerana takut kalah dalam debat inilah alasan yang diberi... Dulu bukan main cabar berdebat tapi bila cabaran bersahut ini jawapan diberi...

Debat Nik Aziz, Mohd Noor cemar imej Islam: Perkasa
SHAH ALAM - Jika debat Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat dengan ulama UMNO, Profesor Mohd Noor Deris jadi kenyataan, tindakan mereka hanya akan mencemarkan lagi imej Islam.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, perdebatan yang bermula dengan tindakan cabar mencabar itu akan menyebabkan umat Islam semakin keliru dan tambah menjatuhkan imej dalam kalangan bukan Islam.

“Sudah jelas, debat ini hanya untuk kedua-dua pihak mencari untung politik. Siapa yang rugi adalah kita sendiri, yang akan jadi semakin keliru dan bertambah malu,”katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, setiap pendebat bersikap profesional meskipun berlainan ideologi politik.

"Mereka juga perlu mengelak daripada menggunakan perkataan yang menyinggung hal peribadi sehingga menimbulkan konflik yang lebih besar kerana kedua-duanya ada pengikut yang tersendiri," katanya.

Menurutnya, setiap pendebat perlu mematuhi etika perdebatan yang berlandaskan al-Quran dan sunnah.

"Debat adalah untuk mencari kebenaran (al-Haq) dan bukan semata-mata untuk menang,” katanya.

Fathul Bari berkata, hakim yang menjadi pengadil kepada perdebatan itu harus tergolong dalam kalangan orang yang tidak memihak kepada sesiapa melainkan kebenaran dan keadilan.

Nik Aziz dalam satu kenyataan semalam menyahut cabaran Mohd Noor untuk berdebat berhubung kenyataan yang dikeluarkan beliau (Nik Aziz) ketika berkempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang baru-baru ini.

Beliau didakwa mengeluarkan kenyataan mereka yang tidak mengundi Pas adalah orang jahiliah.

Sementara itu, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Muhammad Razak Idris berkata, pihaknya mengambil pendekatan tunggu dan lihat.

“Biar ulama-ulama, kepimpinan parti berdebat dan mengeluarkan pendapat masing-masing berhubung hal ehwal kepartian mereka. Abim akan tunggu dan lihat dahulu. Biar mereka berhujah dahulu sehingga sampai ke satu tahap.

Apabila keadaan menjadi semakin tidak keruan, kita akan cari jalan keluar,”katanya.


-SinarHarian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan