Pengikut

Selasa, 8 Februari 2011

MB, Ketua Menteri Pakatan bersidang 21 Feb

Ketua menteri dan Menteri Besar di negeri Pakatan Rakyat akan mengadakan persidangan bersama pada 21 Febuari ini bagi menguatkan gabungan parti itu di negeri-negeri yang ditadbirnya iaitu di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah.

“Pakatan Rakyat setuju dengan apa yang kita putuskan iaitu, temurapat Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat akan diadakan di Kuala Lumpur pada 21 Februari,” kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media pimpinan Pakatan Rakyat petang tadi.

Persidangan tersebut bertujuan menyelaras kekuatan dari aspek ekonomi, politik, sosial dan pentadbiran di negeri-negeri Pakatan Rakyat yang telah berlangsung buat pertama kali pada 29 November tahun lalu di Shah Alam, Selangor.

Dalam sidang media yang sama, Anwar turut mengumumkan satu persidangan ekonomi negeri Pakatan Rakyat akan berlangsung pada 25 hingga 26 Mac ini.

Persidangan ekonomi tersebut dipercayai diadakan berasingan daripada Persidangan Ketua Menteri serta Menteri Besar Pakatan Rakyat susulan resolusi persidangan itu tahun lalu yang mahu ‘membentuk sebuah pakatan ekonomi di antara kerajaan negeri Pakatan Rakyat’.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan