Pengikut

Isnin, 28 Februari 2011

Chan didakwa tipu bekas PM dalam skandal PKFZ

Mantan menteri pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Putrajaya hari ini dengan pertuduhan menipu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Beliau dituduh mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman penjara sehingga lebih lima tahun dan denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan. Chan dibebaskan dengan ikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin.

Chan dibawa ke perkarangan mahkamah pada jam 2 petang tadi dengan kawalan polis. Beliau diiringi oleh isteri dan anak perempuannya. Dengan memaki seluar kelabu dan baju putih, beliau kelihatan tenang. Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail tiba 10 minit kemudian.

Beliau adalah VVIP kedua yang didakwa berhubung skandal PKFZ yang kosnya dikatakan naik mendadak dan menurut laporan audit mungkin akan menyebabkan negara kehilangan RM12.5 bilion.

Pada 29 Julai tahun lalu, bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik didakwa atas tuduhan menipu kabinet untuk mempersetujui pembelian tanah pada harga yang lebih tinggi.

Empat yang lain, termasuk bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang, OC Phang, juga didakwa berhubung pelabagai kesalahan berhubung pembabitan mereka dalam projek berkenaan.


-Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan