UNIVERSITI MALAYA: Berkempen di kolej kediaman merupakan satu cabaran yang besar bagi calon-calon yang bertanding di Pilihanraya Kampus Universiti Malaya.
Hampir setiap tahun apabila musim PRK bermula maka pihak pentadbiran kolej akan membuat satu peraturan iaitu sesiapa yang mahu masuk ke dalam kolej kediaman untuk berkempen wajib mendapatkan kebenaran terus daripada pengetua kolej.
Kumpulan mahasiswa yang menggelar diri mereka sebagai Pro-Mahasiswa turut meluahkan rasa kesal kerana kesukaran masuk ke dalam kolej kediaman untuk berkempen. Manakala bagi pihak Penggerak Mahasiswa memasuki kolej kediaman tidak menjadi masalah kerana kolej kediaman merupakan kubu kuat bagi mereka.
” walaupun nak masuk kolej ni susah,tapi saya puji kolej kediaman kedua kerana pihak mereka sangat terbuka dalam menerima kehadiran kami” puji salah seorang penyokong Pro-Mahasiswa.
Semalam,kumpulan Pro-Mahasiswa dan Penggerak Mahasiswa hampir bergaduh kerana sedikit perselisihan faham yang berlaku diantara mereka di kolej kediaman ke-9.
Sekitar jam dua belas malam tadi pintu-pintu pagar di kolej kediaman masih lagi di jaga oleh Pak guard “tambahan” yang masih setia menjaga pintu pagar walaupun kelihatan bosan di wajah mereka.
Antara kolej kediaman yang sukar untuk dimasuki dan terlalu banyak birokrasi adalah di kolej kediaman ke-3 dan kolej kediaman ke-7.
Terdapat rungutan daripada penyokong Pro-Mahasiswa berkenaan kolej kediaman ke-3 yang seakan-akan tidak menyukai kedatangan pihak Pro-Mahasiswa.
“Asyik datang aje dah penuh jadual,padahal tak ada pun orang yang berkempen” rungut beliau.
Pengerusi Pro-Mahasiswa menyeru kepada pihak kolej kediaman agar berlaku adil dan tidak menyebelahi mana-mana pihak, kerana calon yang datang untuk berkempen sudah disahkan oleh HEP dan bukan calon yang tidak layak untuk bertanding.
Antara kolej lain yang baik layanan nya termasuklah kolej sebelas,kolej dua belas,dan kolej lima. UmKini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan