Pengikut

Isnin, 7 Februari 2011

Adakah Tun Mahathir akan jatuhkan Najib?

Semasa pemerintahan Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri, Mahathir telah melakukan road show ke seluruh negara semata-mata untuk memburukkan kepimpinan Pak Lah yang enggan meneruskan projek jambatan bengkoknya bagi menggantikan tambak johor yang menghubungkan Johor Bharu dan Woodland di Singapura.

Pada masa itu Mahathir dilihat benar-benar marah apabila Pak Lah membatalkan idea agong projek jambatan bengkoknya itu. Malah Tun Mahathir sanggup keluar dari parti UMNO baru yang diasaskan olehnya sendiri, semata-mata untuk menjatuhkan Pak Lah.

Nampaknya cengkaman Tun Mahathir berlanjutan sehingga ke zaman Najib. Sebelum ini Tun Mahathir menyatakan bantahannya terhadap cadangan projek Menara 100 tingkat Warisan Merdeka yang dibentangkan oleh Najib di dalam bajet 2011 [ Mahathir bantah Warisan Merdeka ]

Di dalam kenyataan terbaru beliau, Tun Mahathir menggesa akar umbi agar memberi tekanan kepada kerajaan pusat untuk meneruskan projek agongnya Jambatan Bengkok. Mahathir juga menunjukkan rasa tidak senang kepada kepimpinan Najib yang dilihat mahu meneruskan hubungan mesra dengan Singapura, kerana ini akan mengakibatkan projek tersebut gagal diteruskan [ M'sian Insider ].


Tun Mahathir sebelum ini telah melakukan serangan pertama kepada kepimpinan Najib apabila menyatakan bahawa Parti UMNO kini tidak lagi memperjuangkan Melayu sebaliknya sekadar menguntungkan pemimpin atasan [ Tun Mahathir ].

Tun Mahathir menghantarkan satu mesej jelas kepada Najib agar meneruskan projek jambatan bengkok atau berdepan dengan road shownya seperti di zaman Pak Lah. Senario ini jelas akan membuatkan Najib serba salah. Meskipun beliau seorang Perdana Menteri, namun pengaruh Tun Mahathir yang pernah memegang tampuk pemerintahan selama 20 tahun akan menggugat kedudukannya.

Nampaknya Najib harus tunduk dengan kehendak Mahathir untuk meneruskan projek jambatan bengkok atau Mahathir akan mengistiharkan perang ke atasnya.


p/s: "Najib sedang menunggu arahan dari Big Mama" - ReJaM©

Tiada ulasan:

Catat Ulasan