Pengikut

Selasa, 4 Januari 2011

Risalah 'DAP anti-Islam' diedar di Tenang

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Johor Datuk Chua Jui Meng mendedahkan taktik kotor pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan risalah fitnah terhadap Pakatan Rakyat kepada penduduk Felda di Tenang dan kawasan sekitar.

Risalah berbentuk buku kecil bertajuk DAP anti Islam dan 'Khawarij dan Politik PAS' dalam PAS itu dianggap satu pembohongan besar oleh Chua yang juga tidak menolak sebagai taktik kotor Umno untuk pilihan raya kecil akan datang di Tenang.

"Ini satu pembohongan besar. Kalau nak kata DAP anti Islam. Saya dah lama kenal DAP. Mereka tak bodoh. DAP hormat orang Melayu Lim Guan Eng sendiri telah banyak membantu orang Melayu di Pulau Pinang," katanya kepada Tv Selangor.

Risalah DAP anti Islam mengandungi nota yang bertulis DAP akan mengharamkan Azan, majlis maulidur rasul dan sebagainya jika Pakatan Rakyat memerintah.

Chua memaklumkan kepada media akan membongkar perkara itu semasa kempen pilihan raya ini dan akan mendedahkan ini kerja kotor Umno.

Beliau juga menyatakan kebimbangan mengenai taktik Umno yang cuba menghalang PR dari bertemu rakyat.

Semalam ceramah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Tenang sekali lagi diganggu polis.

"Mungkin selepas ini pemimpin Cina tidak dibenarkan masuk ke kawasan Felda," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan