Kehadiran Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang diberi cuti selama enam bulan ke kawasan Parlimen Kemaman meningkatkan gelombang program Himpunan Kebangkitan Rakyat 'PAS Ganti Umno dan Pakatan ganti Barisan'.yang dianjurkan PAS Terengganu
Petang Sabtu menyaksikan seramai 200 orang hadirin yang terdiri dari ahli dan penyokong PKR bersama Anwar dalam majlis minum petang yang dianjurkan PKR Cabang Kemaman.
Anwar memperkuatkan komitmen yang dinyatakan oleh Ketua Cabang PKR Rafizi Ramli untuk bersama-sama parti-parti dalam Pakatan meletakkan sasaran merampas kembali 4 DUN dan Satu Parlimen Kemaman.
Anwar menegaskan program 100 hari Pakatan Rakyat sekiranya diberi peluang memerintah bukanlah setakat untuk membuat lebih baik sedikit dari Umno dan Barisan Nasional.
Menurutnya, Barisan Alternatif gabungan antara PAS dan Keadilan pernah menumbangkan Umno dan BN pada tahun 1999.
Justeru, katanya, tidak mustahil Pakatan Rakyat mampu mengambil alih pemerintahan Terengganu dan Putrajaya pada pilihanraya ke-13 akan datang.
Dalam majlis yang sama seramai 135 orang telah menyerahkan borang keahlian menyertai PKR di ketuai oleh Bekas ahli Umno, Cikgu Khairuddin (Gambar)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan