Pengikut

Ahad, 16 Januari 2011

Ketua AMK Negeri Diumum Jumaat Depan

Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam mesyuarat majlis pimpinan AMK hari ini berkata jawatan bagi ketua-ketua AMK negeri hanya akan diumumkan Jumaat depan.

Shamsul dalam sidang media pukul 2 petang tadi menjelaskan nama-nama yang dicadangkan itu menerusi lantikan yang dibuat hari ini akan dibawa ke mesyuarat Biro Politik PKR yang diadakan Rabu ini.

"Kita akan umumkan senarai pelantikan Ketua AMK untuk setiap negeri Jumaat ini selepas mesyuarat biro politik yan diadakan setiap Rabu," ujar beliau.

Sementara itu, AMK masih menunggu jawapan Ketua Pemuda Umno berhubung isu program 100 hari Pakatan Rakyat jika berjaya menawan Putrajaya.

Menurut Ketua AMK Pusat Shamsul Iskandar Mat Akin berkata AMK telah menghantar surat rasmi ke pejabat Ketua Pemuda Umno sebelum PKR menawarkan Rafizi Ramliyang juga Pengarah Strategik untuk berdebat dengan Khairy Jamaluddin.

"Sehingga ke hari, tidak ada jawapan secara rasmi.

"PKR sama ada Ketua AMK atau Rafizi, kita berdebat demi kepentingan bukannya kerana 'personal glory'" ujar Shamsul dalam sidang media di Ibupejabat PKR, petang tadi.

Rabu lalu, Shamsul berkata pihaknya telah menghantar surat jemputan rasmi tetapi sehingga kini tidak ada maklumbalas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan