BARANGKALI pilihan raya umum ke-13 sudah dekat benar. Walaupun Najib Razak tidak mahu mengakuinya namun sudah ada tanda-tanda jelas menunjukkan hari raya bagi golongan politik itu sudah menjelang tiba. Wapnya sudah pun ada.
Sebenarnya apa dan sesiapa juga tidak akan dapat menyembunyikan sesuatu yang terbungkus di dalam hatinya. Rahsia itu akan terdedah juga akhirnya. Gelagat dan perwatakan diri manusia itu akan mendedahkan apa yang ada dalam hatinya. Manusia boleh berbohong dengan batang kayu tetapi tidak boleh menipu cermin di depannya. Manusia juga boleh meludah dalam air keruh tetapi buruk padamnya kalau meludah di air jernih.
Demikian juga dengan pilihan raya umum. Ia tidak menjadi rahsia lagi. Pihak pembangkang sudah membuat persiapan awal menanti kedatangan hari keramat berkenaan. Persiapan secara official, dengan mengadakan mesyuarat dan perbincangan demi perbincangan tertutup telah pun dibuat. Manakala individu yang ingin bertanding atau pun wakil rakyat yang kini sedang menyandang jawatan itu sibuk turun ke kawasan masing-masing. Kekerapan mereka berjumpa rakyat sudah mula meningkat. Makin banyak wakil rakyat mula menghafal nama kampung dan juga tok ketua-tok ketua kampung di kawasan masing-masing.
Lobi melobi juga sudah berlaku. Orang-orang yang dapat dan dipercayai boleh mempengaruhi ketua parti menentukan calon sudah mula dihubungi dan diajak minum tea tarik malam dan siang. Ini antara tanda-tanda pilihan raya semakin dekat. Seperti burung pepaka kalau sudah hampir musiam kemarau ia akan berkokok dan berkokok kerana di musim inilah ia suka mengawan.
Dan sudah lumrah alam maya ini, bila pilihan raya makin dekat para wakil rakyat, bakal calon jadi makin kurang tidur kerana memikirkan untung nasib diri. Kalau yang sudah ada kerusi bermimpi untuk menang lagi bagi menyambung jawatan itu sekali lagi. Kalau menang jika sebelum ini tidak dilantik jadi MB atau Exco maka boleh berkira ke arah itu. Kalau pun tidak layak jadi Exco kerana kurang kelulusan maka bolehlah bermimpin untuk jadi speaker. (Sebenarnya kalau jadi Exco tidak layak speaker juga tidak layak).
Sayang kerusi oi... spa nak bagi RM15,000 hingga RM20,000 sebulan sebagai ahli Parlimen atau Exco? Bukan itu saja jadi wakil rakyat banyak kemudahan. Naik kereta api pun tidak perlu tikit hanya waran saja. Dan siapa bagi pencen RM3,000 sebulan untuk bekalan hidup untuk buat beli tembakau dan sireh di hari tua. Inilah yang difikirkan siang malam. Berfikir untuk pertahankan kerusi dan dapat calon bukan berfikir bagaimana nak mengubah nasib ummah dan agama. Politician munafik zindik.
Sebenarnya wakil rakyat yang berfikir demikian bukan wakil rakyat. Dia hanya wakil dirinya sendiri. Orang seperti ini mementingkan kehidupannnya dan keluarganya. Yang menjadikan jawatan wakil rakyat sebagai kerusi untuk hidup. Sebab itu ada sambung menyambung dalam hal ni, dari bapak kepada anak kemudian kepada cucu, ipai duai, mertua dan menantu. Kerusi wakil rakyat telah dijadikan syarikat sendirian berhad ataupun holding. Pengundi diperbodohkan untuk memberi kesenangan dan kegahan kepada mereka.
Jangan pertidakkan hakikat ini. Di kampung atau pekan mereka bergaduh nak jadi wakil rakyat kerana nak pencen. Kerusi wakil rakyat telah diperdagangkan sebagai kerusi cari makan. Sudah dijadikan sumber rezeki. Kalau hendak dibilang lebih separuh wakil rakyat yang ada hari ini adalah mewarisi kerusi itu dari bapak atau datuk nenek mereka!
Sudah melalut... kembali kepada mauduk asal mengenai pilihan raya. Kenapa saya kata pilihan raya sudah dekat. Sebab sudah ada berbagai tanda-tanda dan petunjuk tadi. Kerana pihak yang menentukan pilihan raya ini pihak parti pemerintah maka petunjuk dari mereka yang jelas dan konkrit. Kalau pun pembangkang berusaha untuk membubarkan Parlimen mereka tidak ada kuasa.
Ada beberapa tanda jelas dan nyata menunjukkan pilihan raya sudah hampir tiba. UBN nampaknya sudah nak maksimumkan penggunaan senjata mereka. Semua senjata dan modal politik sudah pun dikeluarkan. Selain Najib mengumumkan pelbagai peruntukan atau pun dana ataupun insentif sebagai senjata dan modal pilihan raya ada beberapa perkara yang mengarah ke arah itu.
Misalnya UBN sudah menggunakan semua orang untuk menyerang Anwar. Sepertilah dalam pilihan raya ini UBN hanya takut kepada Anwar seorang. Tenguk semua macam manusia digunakan untuk menghentam Anwar. Golongan akademis, profesional, penulis, penyair, ulama separuh iman, teknokrat, agensi kerajaan dan termasuk juga betina jalang. Semuanya digunakan oleh UBN.
UBN yang menerima dasar dan konsep demokrasi sekular akan menggunakan apa saja perkakasan dan manusi tidak kira halal atau haram asalkan matlamaya mencapai kemenangan tercapai. UBN atau politician demorkasi sekular tidak akan mengira apakah kemenangan itu dicapai secara halal atau sebaliknya yang penting menang dan dapat kuasa.
Segala perkakas itu mereka akan bayar dengan jumlah yang lumayan. Misalnya kalau betina jalang kalau perniagaan biasanya, semalam hanya diperolehi RM5,000 sekali ditiduri datuk atau tan sri tua, tetapi kalau sedia jadi perkakas politik akan dibayar berlipat ganda sampai mencecah ratusan ribu. Bayaran bukan dengan note RM lagi tetapi menerusi porojek di luar negara termasuk mengusahakan projek pelancongan dan sebagainya.
Sebut saja berapa bayaran atau projek apa yang dikehendaki sedia dilunasi asalkan saja beitna jalang sanggup merekacipta fitnah yang boleh membelalakkan rakyat negara ini. Dan betina jalang itu pula kalau pun perlu telanjang dalam stadium, dia sanggup asalkan dapat wang. Beginilah busuk dan kohongnya dunia politik. Ia bukan baru tetapi sudah berlaku sejak bermulanya dunia ini lagi. Perhatinkan apa yang berlaku ke atas Hawa semasa didalam syurga, bagimana Hawa diperdaya oleh politik syaitan.
Kalau golongan ustaz yang berjubah carit atau pun kopiah lusuh pula bukan lagi diberi seratus dua seperti lazim diperolehi seleas menyampaikan kuliah atau ceramah di suray, tetapi direkmenkan projek perladangan di Kalimatan Indonesia dan sebagainya. Caranya menjadi ahli lembaga pengarah atau pun syarikat mengadakan usahasama dengan agensi kerajaan seperti Lembaga Tabung Haji dan sebagainya. Sayangnya murid yang taksub dengan hamis jubah guru mereka tidak pernah tahu dan mengambil tahu akan hal ini.
Orang yang jadi perkakas ini makin lama makin ramai. Bukan saja yang sedia ada hari ini, tetapi lepas ini macam-macam orang lagi akan tampil. Mereka akan membuat kenyataan dan dakwaan yang bukan-bukan. Soal fitnah atau haram apa peduli yang penting mereka dibayar, wang dan wang akan mengalirkan ke dalam akaun mereka.
Nah, kerana tanda-tanda itu sudah ada, perkakas UBN sudah mula menguatkan kerja, ia memberi gambaran pilihan raya umum sudah tidak lama lagi. Bila masa dan tarikhnya ia dalam tilikan para bomoh dan ahli paranomal. Pemimpin sangat percaya kepada paranomal dan tilikan bomoh. Makanya kalau sesiapa nak tahu tarikh pilihan raya menyamarlah jadi bomoh terkenal nescaya anda akan dikunjungi para pemimpin UBN nak minta tarikh pilihan raya.
Oleh Mohd Sayuti Omar / MSO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan