Tunisia mengalami "revolusi rakyat". Negara Arab yang pernah dijajah Peranchis itu terkenal sebagai Negara Arab yang kuat anti Gerakan Islam. Ramai pendukung Gerakan Islam dibunuh ,diseksa dan dipenjarakan oleh Rejim Sekular itu.
Mantan Presiden sebelum Zainal Abidin Ben Ali iaitu Habib Borgiba pernah mengeluarkan "fatwa yang menyesatkan" iaitu boleh berbuka puasa jika bekerja dalam bulan Ramadhan.
Selain Zainal Abidin yang melarikan diri ke Saudi, isterinya Laila Ben Ali diberitakan berada di Dubai, tempat kegemarannya membeli belah.
Sila baca laporan tentang isteri Presiden Tunisia yang digulingkan hasil "revolusi jalan" oleh rakyat:
TUNIS: Bekas wanita pertama Tunisia, Leila Ben Ali yang secara meluas banyak disamakan dengan Imelda Marcos dari Filipina, tidak bersama melarikan diri dengan suaminya Zein El Abidine Ben Ali ke Arab Saudi, sebaliknya dikatakan berada di Dubai, destinasi beli-belah sering dikunjunginya.
Akhbar Britain The Telegraph melaporkan semalam, Leila yang berusia 20 tahun lebih muda daripada suaminya yang berusia 74 tahun dan dikenali sebagai kuasa di sebalik takhta, dikatakan melarikan diri lebih dulu ke Dubai.
Kerajaan Arab Saudi kelmarin mengesahkan presiden Tunisia yang digulingkan oleh revolusi rakyat itu kini berada di negara berkenaan.
Sementara itu, akhbar Britain itu juga melaporkan rakyat Tunisia yang selama sebulan mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran sehingga menyaksikan Ben Ali melarikan diri, turut gembira melihat Leila meninggalkan negara itu.
Bekas pendandan rambut itu yang berasal dari keluarga sederhana, dituduh menggunakan perkahwinannya dengan Ben Ali untuk mengubah nasib keluarganya Trabelsis untuk menjadi antara keluarga terkaya di Tunisia.
“Semua kuasa dan kekayaan Presiden Ben Ali jatuh kepada keluarganya, terutama isterinya,” kata seorang penganalisis politik Arab, Saad Djebbar.
“Ben Ali terlalu bongkak dan ini menyisihkan penyokongnya sendiri.”
Leila menonjolkan dirinya sebagai antara ahli politik wanita Arab paling progresif dan banyak mengetuai yayasan amal dan memperjuangkan hak wanita.
Namun di sebaliknya, penonjolan awam itu bekas wanita pertama itu mengejar agenda yang dikatakan menyamai tindak-tanduk Imelda Marcos. – Agensi
Setelah anda membacanya berita, siapakah yang sedang tergambar di fikiran anda yang wataknya ada di negara kita? Adakah "si dia" yang sedang berada di sebuah Negara Arab sekarang untuk lawatan rasmi?
Jawab...jangan tak jawab!
Dari Tok Pepijat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan