Pengikut

Khamis, 25 November 2010

Budaya Ampu Sudah Berakhir

Penerapan budaya kerja baru oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (Pakatan) yang mementingkan ketelusan kini memberi tekanan kepada pegawai kerajaan dan syarikat kaitan kerajaan yang masih mendukung budaya ampu dan rasuah.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata usaha kerajaan negeri memperkenalkan ketelusan, dan kebertanggungjawaban selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) pada Mac 2008, semakin menampakkan kesannya.

Perubahan ketara yang dilakukan menyebabkan pihak tertentu yang mengamalkan budaya ‘lama’ merasa terkejut, kata beliau.

“Mereka tersepit, menggeletar dan terpaksa membuat keputusan sama ada akan bersama organisasi masing-masing atau melepaskan jawatan mereka,’ tambah beliau.

“Ini kerana pekung-pekung, luka-luka dan barah,hasil daripada kerja-kerja dulu akan terserlah. Ramai yang akan merasa terkejut sebab dadah rasuah, dadah ampu dan budaya bagi kontrak atas dasar dapat duit kopi, sekarang tidak ada lagi,” ujarnya.

Khalid berkata, jentera kerajaan negeri di bawah pimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) sebelum ini terikat dengan ‘budaya ampu dan ikut’. Pilihan mereka, cara kontrak diberi dan ketelusan tidak menjadi perkara yang penting.”

“Ikut cakap dan ‘sambil menyelam minum air’, adalah modus operandi pengurusan syarikat zaman kerajaan Umno-BN. Tetapi sekarang, kita mengutamaan ketelusan, kebertanggungjawan dan keupayaan,” kata beliau.

Menurut beliau, kerajaan negeri pimpinannya memberi tumpuan kepada aspek-aspek perbelanjaan duit rakyat, contohnya kos untuk menyambut perayaan, banyak hadiah diberikan kepada pemimpin, bonus yang diberikan kepada pengurusan, siapa yang menerima kontrak dan bagaimana ia diperolehi.

Mengulas teguran terhadap pengurusan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dan Yayasan Selangor, beliau menegaskan semua urusan mesti dilakukan secara profesional dan telus.

Bagi tujuan itu, kerajaan Selangor menubuhkan pasukan audit yang terdiri daripada kumpulan profesional untuk bukan hanya bagi mencari salah tetapi untuk memastikan proses atau cara membuat keputusan dibuat mengikut landasan betul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan