Parti Maju Sabah (SAPP), dalam usaha meraih lebih banyak sokongan daripada penduduk Sabah, mendesak agar peruntukan yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia dihormati oleh kerajaan persekutuan.
Ini termasuk menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam untuk penduduk Sabah, kata Presidennya Datuk Yong Teck Lee hari ini.
“Banyak rakyat Malaysia tidak menyedari bahawa Malaysia wujud daripada Perjanjian Malaysia yang dimeterai di London pada 9 Julai, 1963.
“Pihak yang terlibat dalam perjanjian antarabangsa ini adalah United Kingdom, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Borneo Utara (kini Sabah),” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan cawangan-cawangan SAPP di Petagas, yang diadakan di kediaman ketuanya, Dullie Mari, di Kampung Muhibbah di sini.
Beliau berkata Perjanjian itu mengandungi 10 perkara, yang jelas dan mudah difahami.
– Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan