Pengikut

Khamis, 7 Oktober 2010

Rahimi dan Saiful Agen Umno-BN

Baru sahaja Semalam Rahimi telah pun membuat satu laporan polis yang kononnya mendakwa akuan bersumpah yang di tulis telah di paksa Anwar Ibrahim.LSS juga mengenali Sosok tubuh si Rahimi tak kira Dalam AIC ataupun di luar pejabat Anwar.

Empat tahun dulu Rahimi antara orang yang bertanggungjawab membawa Saiful Bukhari Masuk ke dalam AIC.

Dan selepas itu Rahimi juga menjadikan Saiful sebagai pembantunya di pejabat Anwar untuk membantu kerja - kerjanya.Sebenarnya Rahimi bukan Setiausaha Sulit kepada Anwar tetapi Rahimi hanya lah sekadar pembantu kepada Nurul Izzah.Kerana tugas yang terlalu banyak Rahimi mengambil saiful sebagai pembantu hanya kerana " Kawan" dan simpati.

Kita tidak tahu siapa yang membawa Saiful pergi bertemu dengan TPM Najib pada tahun 2008 tapi apa yang jelas setelah Saiful membuat laporan polis dengan mendakwa di liwat oleh Anwar Rahimi terus membuat satu kenyataan yang memaklumkan bahawa Saiful bukan Pembantu Anwar Ibrahim.

Rahimi juga membuat pengakuan bahawa Saiful adalah pembantu kepadanya dan Dia(Rahimi) adalah pembantu Kepada Nuru Izzah.Tak lama selepas itu Anwar di tangkap oleh polis - polis Gestapo.Dalam keadaan yang tegang Rahimi meminggirkan diri dari kes Anwar.

Selama 2 tahun Rahimi menghilangkan diri dengan harapan agar tak di babitkan dengan Kes Anwar tapi sikap rakus puak - puak UMNO dan Barisan Nasional yang mengatur strategi untuk "memulang" Kan Anwar ke Penjara sungai berusaha untuk memburu Rahimi.

Selama 2 tahun juga Si"jahanam" - "jahanam" ini memburu Rahimi dan akhirnya semalam Rahimi berjaya di tangkap oleh agen - agen Najib dan Rosmah.Seperti yang berlaku pada Balasubramaniam dan Raja Petra yang di ugut dan di ancam dengan pelbagai ancaman seperti itu juga lah yang berlaku pada Rahimi.

Rahimi di paksa membuat laporan polis yang kononnya dia di ugut untuk menulis akuan bersumpah pada 2 tahun lalu.Tetapi kenapa baru hari ini Rahimi buat laporan polis sedangkan tidak pada 2 tahun dulu.Selepas Saiful mengaku di liwat Nama Rahimi tak di "highlight" kan sangat.

Nama yang selalu menjadi "publisiti" pada ketika itu adalah uncle pet dan bukanya Rahimi.Kerana difikirkan Rahimi adalah "alat" untuk membunuh Anwar maka Rahimi di buru sehingga ke lubang cacing.Seperti juga Rahimi yang LSS Kenali adalah sahabat lama bagi saiful.

Segala - galanya bermula seminggu sebelum Pilihan Raya. Waktu itu sejumlah anak muda yang sebahagiannya bernaung di bawah Anwar

Ibrahim Club giat mengikut rombongan Anwar berkempen.

Tiba-tiba muncul Saiful Bukhari dalam kelompok ini.

Ya, Saiful Bukhari berjaya menyusup masuk bersama kelompok ini melalui sahabat lamanya Rahimi yang bekerja sebagai pembantu di pejabat Anwar Ibrahim.

Kehadiran Saiful Bukhari tidak disenangi mereka yang kenal dengan beliau, khususnya bekas pelajar Universiti Tenaga Nasional. Salah seorang daripadanya ialah saudara Najwan Halimi yang menulis siri Musang Berbulu Ayam di blognya (najwanhalimi.com).

Najwan ialah bekas rakan sebilik Saiful semasa di tahun pertama. Saiful dalam kenyataan kepada rakan-rakannya sering memaklumkan bahawa “Ibunya sedang menderita barah dan telah mati”. Ya, khabarnya Saiful tidak begitu gembira dengan ayahnya pada waktu itu.

Blog lama beliau www.saifulbukhari15.blogspot.com (LSS tidak ingat alamat sebenar tapi ingat no. 15 itu kerana ia nombor calon ketika beliau bertanding dalam Pilihan Raya kampus) memuatkan retorika palsu dan cercaan dari rakan-rakan di UNITEN akibat ‘kehilangan’ beliau selepas terpilih menjadi anggota Majlis Perwakilan Pelajar di sana.

Sejak di kampus, beliau memang dikenal sebagai pro-kerajaan dan anti-Anwar Ibrahim.

Tidakkah Anwar Ibrahim mendengar kritikan Najwan Halimi kepada Saiful Bukhari?

Tidak, beliau mendengar.

Tapi bagi mereka yang kenal dengan Anwar Ibrahim, malah bagi siapa saja yang biasa dalam dunia dakwah, sangka baik dan beri peluang adalah kata yang lekas keluar dari akal-fikir, hati dan mulut. Apatah lagi bila yang dicurigai beria-ria mengatakan dirinya insaf.

Saiful terus kekal menyibukkan diri di pejabat Anwar Ibrahim – di Petaling Jaya dulunya – selepas Pilihan Raya. Beliau sendiri mengakui tidak ada surat dikeluarkan kepada beliau berkaitan pekerjaan.

Rahimi dan Saiful menghidu peluang untuk bekerja sebagai Setiausaha Anwar Ibrahim bila Nik Nazmi, Sim Tze Min dan Nurul Izzah (semua mantan Setiausaha Anwar) menang dalam Pilihan Raya. Ya, selepas Pilihan Raya Anwar memang ‘patah tangan’ kerana banyak urusannya tidak ada staf yang membantu. Dato’ Salehuddin juga telah diangkat sebagai Setiausaha Agong parti, justeru pentadbiran pejabat Anwar Ibrahim jadi tidak terurus.

Waktu itu terdengar khabar perebutan jawatan “pemegang diari merah” (Setiausaha Sulit) Anwar Ibrahim.

Hakikatnya, Anwar pernah menyarankan kepada Rahimi dan Saiful agar “pergi sambung belajar” sebagai satu kaedah sopan untuk mengatakan “anda tidak mampu menggalas kerja-kerja yang memerlukan kualiti kepakaran lebih tinggi”. Apa yang berlaku ialah mereka buat pekak badak!

Mereka jadi amat tidak selesa apabila Anwar memanggil balik orang kanannya dari United Kingdom untuk berkhidmat. Beberapa kali dalam mesyuarat diarahkan agar “diari merah” diserahkan kepada orang kanan ini (Siapa tu?? Braderr "R" kot??) namun tidak diendahkan oleh Rahimi dan Saiful.

Memandangkan keterangan di mahkamah agak sensitif, LSS tidak bercadang menulis semua perkara di sini. Bukan kerana sub-judice, tapi ia mungkin melibatkan banyak isu lain yang sedang bergerak sama selain isu ini. Tapi saya yakin kisah sebenarnya lambat laun akan sampai ke pengetahuan umum.

Untuk LSS, Anwar memang berlaku silap saat “memberi peluang” kepada Saiful Bukhari masuk ke pejabatnya. Paling tidak jika mahu bersangka baik pun, bukan di pejabat beliau Saiful harus bekerja.

Namun sebagai orang yang pernah dilatih di medan dakwah, LSS faham benar sikap bersangka baik yang tebal dalam diri Anwar.

LSS berharap para peguam Anwar akan menyelongkar bahagian waktu sebelum Saiful benar-benar bertapak di pejabat Anwar dengan penuh kegusaran.

LSS juga pernah mendengar bahawa memang ramai mengakui bahawa Saiful “boleh bekerja” dalam pengertian membuat panggilan dan menguruskan fail bagi pihak Anwar. Saya hanya mahu katakan bahawa untuk kerja-kerja yang telah selesai dan hanya perlu menjadi tukang ambil, tukang buat panggilan dan sebagainya, ia kerja yang biasa dan bukanlah hebat sangat sebagaimana yang cuba digambarkan oleh Saiful dan juak-juak UMNO-BN.

Saiful hanyalah penggemar Syed Hussein al-Attas, penulis buku politik di Janda Baik itu dan bukan Profesor Syed Hussein al-Attas!

Sebagai sahabat baik kepada saiful, Rahimi mestilah memberi sokongan se adanya kepada sahabatnya tapi apabila berlaku keadaan begini Rahimi akhirnya mengambil keputusan untuk melarikan diri.Tapi apa boleh buat,bak kata rakan saya Nik Bin Jidan apa - apa hal pus pas ti kena LLPK(Lari - Lari Pun Kena) Tangkap juga akhirnya.

Akhir kata buat Rahimi,

"berpegang lah pada kebenaran, LSS tahu kamu(Rahimi) tahu segala - galanya dari A sampai Z, di dunia kita terlepas. tapi di-SANA siapa tahu?, di sini cuma Kemewahan sementara tapi Di-SANA adalah Siksaan yang Abadi, Ingat lah wahai Rahimi"





Oleh: LeeSlimShady

Tiada ulasan:

Catat Ulasan