Pengikut
Isnin, 11 Oktober 2010
Demi kuasa, Najib sanggup sokong MCA kecam dan hina pendirian PAS!
Presiden MCA, Chua Soi Lek hari ini dilaporkan telah mengatakan:
“Kami merasakan jika Pakatan berkuasa, PAS akan berada di tempat kapten...PAS tidak akan melupakan dasar autokratik Islam dan jangan terkejut jika PAS memperoleh kuasa, ia akan kembali keterbelakang,” - Chua Soi Lek
Kenyatan biadap Chua ini disambut Najib dengan kenyataan berikut:
“Dr Chua betul dalam memperingatkan anda bahawa mereka (PAS) tidak menyerah dalam pendirian negara Islam mereka. Dan, saya pasti jika ia dilaksanakan, ia akan mengubah cara hidup anda dan memberi kesan ke atas masyarakat Cina."
Tidak cukup dengan itu, Najib turut menyokong kenyataan yang dibuat Karpal Singh suatu ketika yg menolak undang Islam (hudud):
“Itu sebab Karpal berkata ‘melangkah mayat saya’. Saya tidak bersetuju dengan Karpal dalam kebanyakan masa, tetapi kali ini, beliau betul,”
Kurang ajar lagi biadap kenyataan MCA dan Najib ini! terbukti Najib dan Umno sanggup bersekongkol dan berkompromi secara jahat dengan rakannya MCA sehingga sanggup menghina dan memperlekeh undang2 dan negara Islam!
BIADAP
Sesungguhnya kita tidak lupa kenyataan presiden MCA ini sebelum ini, yang menghentam dan mengeji undang2 dan negara Islam mundur, banyak rasuah dan kuno, kalian boleh baca di SINI..dan hari ini, dengan biadapnya beliau mengulanginya sekali lagi dengan menyatakan negara Islam (yg melaksanakan hukum Islam) adalah terkebelakang!
Mana penyokong fanatik Umno? mana PERKASA? mana YB Zul? mana '40 ulamak muda' Umno? mana pencacai2 Umno yg lain?..kenapa membisu? mana demontrasi mengecam kenyataan biadap MCA dan Najib? mana suara lantang kamu?..ternyata kalian hipokrit dan munafiq!
TALAM DUA MUKA
Benarlah dakwaan penulis sebelum ini bahawa, Umno di depan Melayu, cuba takutkan orang Melayu dengan mengatakan PAS sudah mengetepikan hukum Islam, PAS sudah semakin lupakan perjuangan Islam, PAS tidak mampu menguasai PR, PAS tidak akan laksanakan negara Islam dll..
Namun, di depan penyokong Cina, mereka mendakwa pula, PAS semakin agresif memperjuangkan negara Islam, PAS akan laksanakan negara Islam, PAS semakin tegar keislamannya, PAS akan menguasai dan mengetuai PR dan pelbagai lagi kenyataan2 yg menakutkan mereka dengan Islam...kalian boleh baca dan lihat koleksi sndiwara Umno-MCA.
GILA KUASA DAN BODEK
Ternyata, Najib sanggup melakukan apa sahaja termasuk berkompromi dengan musuh Islam ini demi kuasa yang dihajatinya...kalian boleh lihat kenyataan Najib sebagaimana yang dilaporkan portal TheMalaysianInsider dengan tajuk, "Najib: Saya perlukan sangat kemenangan PRU ke-13"...
Untuk tujuan itu, Najib sanggup bersikap berbeza dan menyalahi pandangan rasis penyokong2nya sendiri (dalam Umno) yg selama ini mengecam Chua Soi Lek dalam banyak isu, termasuk mengatakan orang Melayu adalah tuan negara ini dan yg lainnya adalah pendatang..
"Saya setuju dengan anda bahawa kaum Cina Malaysia tidak boleh digambarkan sebagai kaum pendatang." - Najib
"Tahniah saya ucapkan kepada Chua kerana memulihkan semula MCA, dan saya puji beliau atas kejayaan itu.." - Najib
Dasar munafiq dan pembohong si Najib ini..kerana itu tidak hairan ramai pengikut totok Umno ditipu hidup2 oleh PM 1Malaysia ini..jika selama ini beliau hanya play safe dalm isu2 yg sensitif demi mengelak tanggapan buruk oleh penyokong2 Umno, namun kali ini beliau tidak berjaya..ternyata beliau adalah busuk dan menjijikkan!
Akhir kalam, penulis tuntut semua penyokong dan pendokong PAS khususnya, supaya mengulas dan memanjanglebarkan isu ini..jangan biarkan isu penting ini tenggelam begitu sahaja..jika Najib sanggup menyetujui MCA menghina negara Islam, itu petanda bala besar jika mandat masih diberikan kepada mereka pada PRU ke-13 nanti!!..wallahua'lam...
Oleh: Pria Malaya
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan