Sekiranya Parti Tindakan Demokratik (DAP) itu anti Islam, tentulah semua ahli dan pimpinan DAP telah dimasukkan ke dalam penjara kerana Islam adalah agama rasmi yang termaktub dalam perlembagaan.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata sekiranya DAP anti Islam, Dato' Seri Hishamudin Hussein selaku Menteri Dalam Negeri mestilah mengambil tindakan.
"Kalau DAP anti Islam, kita semua sudah masuk dalam penjara, oleh kerana Islam agama rasmi (dalam perlembagaan), (Dato' Seri) Hishamuddin sebagai Menteri Dalam Negeri perlu mengambil tindakan, tetapi kita tahu ia (DAP anti Islam) tidak benar,
"tetapi dia (Hishamuddin) benarkan Umno Besut mengadakan ceramah yang begitu tidak bertanggungjawab,"jelasnya.
Lim berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Makan Malam dan Dailog Bersama Pemimpin Pakatan Rakyat yang diadakan disebuah hotel disini semalam 8 Oktober.
Menurutnya sikap Hishamuddin membenarkan ceramah itu diadakan menunjukkan beliau bukan seorang yang mempunyai prinsip
Beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata Umno begitu terdesak sehingga sanggup menggunakan isu perkauaman dan isu sensitif.
Katanya, politik perkauaman dan sensitif yang diamalkan oleh Umno adalah satu politik merbahaya yang boleh mnganggu gugat keharmornian hidup rakyat berbilang bangsa dan agama di negara ini.
"Dan, ini adalah cara politik yang berbahaya, satu politik terdesak (desperado), Umno begitu terdesak sehingga rela untuk merosakkan keharmonian negara kita,
"ini (DAP anti Islam) tidak benar, ini satu fitnah dan dusta,"tegasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan